Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) perlu mengkaji semula semua caj dan fi semasanya, termasuk caj penggunaan ruang udara, bagi meningkatkan pendapatannya dan bebas dari segi kewangan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata caj penggunaan ruang udara semasa adalah rendah dan tidak dikaji semula sejak 2006.
"Satu daripada sumber pendapatan utama bagi mana-mana pihak berkuasa penerbangan di dunia ini ialah caj penggunaan ruang udara.
"Syarikat penerbangan yang menggunakan ruang udara kita perlu membayar caj penerbangan navigasi udara. Jadi kita melihat ini sebagai sumber pendapatan," kata Loke pada sidang media di sini pada Isnin.
Beliau berkata ini adalah satu daripada saranan langkah pemulihan berikutan tindakan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penyenaraian CAAM kepada Kategori 2 minggu lepas.
"Semakan semula caj penggunaan ruang udara berpotensi meningkatkan pendapatan CAAM, akan membantu kita menangani isu yang dibangkitkan oleh FAA, memandangkan isu yang dibangkitkan mereka termasuk kita tidak membayar pegawai pemeriksa secukupnya," katanya.
Loke berkata CAAM kini beroperasi dengan peruntukan belanjawan sebanyak RM350 juta dan pendapatan kira-kira RM120 juta setahun.
Beliau berkata CAAM perlu meningkatkan pendapatanya memandangkan FAA mendapati pakej imbuhan Malaysia tidak cukup menarik untuk menarik dan mengekalkan pekerja penerbangan.
Katanya ini disebabkan CAAM bergantung kepada dana kerajaan, yang bermakna skim bayaran adalah sama dengan skala gaji penjawat awam.
Walaupun CAAM telah dikorporatkan tahun lepas, namun ia tidak bebas dari segi kewangan, katanya.
Loke berkata kerajaan perlu memberikan notis kepada syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa berkaitan mengenai kenaikan caj pengendalian penerbangan udara tidak lama lagi.
Maklumat lanjut mengenai peningkatan kos dan caj akan dimaklumkan pada sidang media yang akan diadakan bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 18 2019

Anthony berkata caj penggunaan ruang udara semasa adalah rendah dan tidak dikaji semula sejak 2006. - Gambar hiasan

PM perlu terus terang isu sempadanan maritim dengan Indonesia - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan yang disifatkan 'semberono' itu dilihat dibuat tanpa mengambil kira impak secara menyeluruh.

Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas
Menurutnya, ada beberapa lagi tokoh lain, namun nama mereka akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

'Tak sangka sepakan basikal hasilkan gol'
Jaringan peribadi ke-15 Forestieri musim ini kembali menjelmakan semula rentak penyandang juara sembilan kali berturut-turut itu.

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Industri perbankan akan berkembang di bawah Abdul Rasheed - ABM
Khairussaleh berkata industri perbankan akan mendapat manfaat daripada pengalaman Abdul Rasheed.

Habuan cecah RM1 juta menanti atlet para negara
Subramaniam percaya barisan atlet para akan menerima habuan masing-masing selepas berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Fenomena El Nino berkembang, tingkat kemungkinan musim taufan lebih kuat
Corak cuaca El Nino telah berkembang secara rasmi, meningkatkan kemungkinan musim taufan yang lebih kuat untuk wilayah pantai Teluk dan Atlantik.

Bursa Malaysia meningkat semula, ambil petunjuk prestasi kukuh Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.09 mata kepada 1,377.73 daripada 1,374.64 semasa ditutup pada Khamis.

'Hubungan AS - UK dalam keadaan baik'
Perkembangan AI, perdagangan dan perang di Ukraine jadi agenda utama kunjungan sulung Rishi Sunak ke White House.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.6185/6235 berbanding dolar AS 4.5950/6000 ketika ditutup pada Rabu.

Dua kadet dari Malaysia terpilih sertai akademi ketenteraan AS
Mereka ialah Ummi Annur Syahmina Sohaini dan Muhammad Faidh Izzuddin Mat Sahari, yang telah berjaya diterima masuk selepas bersaing dengan rakan-rakan dari seluruh negara.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa.

Bursa Malaysia dibuka rendah meskipun Wall Street catat keuntungan
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI susut 1.33 mata kepada 1,381.84 daripada 1,383.17 pada penutup Selasa.

Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Perbincangan itu diadakan di Beijing pada 5 Jun, lapor Sputnik yang memetik Kementerian Luar China pada Selasa.

AS komited pastikan setiap negara boleh beroperasi di wilayah Indo-Pasifik
AS memodenkan kehadirannya di Indo-Pasifik supaya ia boleh terus menjalankan aktiviti di mana undang-undang antarabangsa membenarkan.