Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Mac 2026.

 

Advertisement

1. SPM 2025: 366,435 calon layak dapat sijil, meningkat 0.28 peratus

Seramai 366,435 calon (94.29 peratus) layak dianugerahkan sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025.

 

2. Lelaki miliki 31 rekod jenayah ditahan polis selepas dikejar di KLIA

Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau selepas mengejar kereta Honda Civic dipandu lelaki terbabit di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

 

3. Mahkamah Shah Alam batal arahan henti roboh kuil Rawang

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang sebelum ini mengarahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Muniswaran di Taman Rawang Perdana dihentikan sementara.

 

4. Cuaca panas: KPM teliti sesi persekolahan secara bersepadu dengan KKM, MetMalaysia

Sebarang keputusan melibatkan sesi persekolahan, termasuk pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) susulan fenomena cuaca panas, akan dibuat secara bersepadu bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

 

5. Mahkamah Tinggi perintahkan Najib bayar balik US$1.3 bilion kepada SRC International

Mahkamah Tinggi pada Selasa memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap kerugian US$1.3 bilion yang dialami SRC International Sdn Bhd, selepas didapati melanggar tanggungjawab fidusiari, menyalahgunakan kedudukan serta menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi.

 

6. 1MDB: Empat lukisan dijangka tiba di Malaysia 6 April - SPRM

Empat lukisan karya pelukis tersohor dunia yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini dalam proses dibawa pulang ke Malaysia dan dijangka tiba pada 6 April ini.

 

7. Konflik Asia Barat: Perkukuh ekonomi domestik, benteng hadapi krisis tenaga global - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat memperkukuh ekonomi domestik sebagai benteng utama menghadapi krisis tenaga global yang semakin meruncing susulan konflik di rantau Asia Barat.

 

8. Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan kononnya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

 

9. Kerajaan kekalkan bantuan BUDI Diesel RM300 sebulan untuk April - MoF

Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini sebagai langkah melindungi rakyat ketika pasaran tenaga global yang semakin tidak menentu.

 

10. Pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam pastikan sumber negara diurus secara berkesan - Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam adalah penting bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap dan berkesan.

Must Watch Video