Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hanya membenarkan penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut, pendandan rambut, dan salun kecantikan, untuk mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi apron pakai buang dan sarung tangan sahaja.
Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, caj tambahan itu bukanlah dalam jumlah yang besar, kerana bagi apron atau alas gunting rambut pakai buang kosnya kira-kira RM0.80 sehingga RM1 sehelai.
"Pengusaha dinasihati supaya tidak menaikkan harga caj perkhidmatan sesuka hati dan jika ingkar, tidakan tegas akan diambil ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Tesco Fresh Distribution Centre di Kawasan Perindustrian Gopeng 2, di sini, pada Jumaat.
Selain itu Nanta berkata, pihak kementerian telah mengeluarkan sebanyak 741 notis kepada penyedia perkhidmatan kedai gunting rambut, pendandan rambut, dan salun kecantikan, di seluruh negara sejak 10 Jun sehingga semalam, menerusi Ops Catut 7.0.
Katanya notis itu dikeluarkan, kerana didapati penyedia perkhidmatan dandanan dan gunting rambut, menaikkan kadar caj bagi perkhidmatan yang disediakan.
Sementara itu Nanta berkata, Ops Durian yang dijalankan sejak 15 Jun, telah merekodkan empat kes dengan tiga daripadanya melibatkan Akta Kawalan Harga serta Anti Pencatutan 2011, dan satu kes bagi kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972, dengan nilai kompaun keseluruhan dikeluarkan RM4000.
"Kerajaan tidak menetapkan harga jualan bagi buah durian. Namun, penguatkuasaan dijalankan ke atas gerai jualan durian di seluruh negara, bagi memastikan pematuhan peniaga supaya mereka meletakkan tanda harga dengan jelas, bagi membolehkan pembeli membuat pilihan.
"Selain itu, peniaga perlu menggunakan alat timbang dan sukat yang tepat dan ditentusahkan, jangan tipu menimbang harga berat durian yang mahu dijual, kerana jika didapati bersalah, kita akan ambil tindakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020

Pengusaha dinasihati supaya tidak menaikkan harga caj perkhidmatan sesuka hati. - Gambar hiasan

COVID-19: PIBG kecewa tiada pelan hadapi krisis
Gesaan itu susulan dua pelajar Tingkatan Satu sekolah terbabit yang didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan pada minggu lalu.

Pak Lah sihat, masih seperti dahulu - Reezal Merican
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata demikian, selepas menziarahi Abdullah, atau lebih mesra disapa Pak Lah, di rumahnya semalam.

68 notis tunjuk sebab dikeluarkan kepada peniaga ayam di Kelantan
Notis itu dikeluarkan sejak 14 April hingga 21 April kepada peniaga dan mereka perlu menjawab dalam tempoh antara tiga hingga tujuh hari.

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut
BBP Jasin menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

SIC tidak berhasrat hukum komuniti perlumbaan drag
Azhan berkata komuniti perlumbaan drag adalah sebahagian daripada keluarga sukan permotoran, yang perlu dididik mengenai pematuhan kepada SOP.

17 pekerja di asrama di Singapura dijangkiti semula COVID-19
Kes-kes itu dikaitkan dengan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang tinggal di asrama berkenaan dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 19 April.

BPMB lantik Nazir Razak sebagai pengerusi baharu
Beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan yang bersara pada Februari 2021 selepas berkhidmat selama dua tahun.

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

Caj tambahan gunting, dandan rambut hanya untuk apron dan sarung tangan
Caj tambahan itu bukanlah dalam jumlah besar, kerana bagi apron atau alas gunting rambut pakai buang kosnya kira-kira RM0.80 sehingga RM1 sehelai.