SHAH ALAM: Gejala kemurungan dalam kalangan warga emas harus diambil perhatian serius bagi memastikan mereka dapat menikmati usia senja secara positif dan produktif, kata pakar.
Menurut pakar Psikogeriatik Hospital Sultanah Nur Zahirah Dr Layuza Aliasad, ini kerana berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2018 mendapati seorang daripada 10 warga emas di Malaysia mempunyai gejala kemurungan.
Beliau berkata keadaan pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia ketika ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kecenderungan untuk warga tua mengalami kemurungan kerana tidak dapat bertemu dengan anak dan cucu yang tinggal berjauhan dengan mereka.
"Kemurungan dalam kalangan warga emas sukar didiagnosis berbanding golongan dewasa kerana golongan dewasa lebih terbuka untuk mengakui bahawa mereka sedang berasa sedih atau murung," katanya kepada Bernama.
Selain itu katanya, kesukaran lain bagi menilai warga emas menghidapi gejala atau penyakit kemurungan adalah kebanyakan mereka akan mengalami hilang selera, turun berat badan serta sering merasa letih dan ciri-ciri tersebut sama seperti golongan yang menghidapi penyakit kronik pada usia mereka.
Beliau berkata antara ciri-ciri lain kemurungan adalah sering berasa sakit-sakit badan tanpa punca yang jelas, hilang minat untuk beraktiviti dan berdandan serta kurang memberi tumpuan yang menjadikan mereka mudah lupa
"Masyarakat kadangkala tersalah menafsirkan bahawa seseorang warga tua itu sudah nyanyuk kerana ada kemungkinan gejala kemurungan yang dialami menyebabkan individu itu tidak memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan menyebabkannya menjadi pelupa," katanya.
Namun katanya, adalah penting untuk ahli keluarga menilai setiap perubahan yang dialami orang tua mereka dan perlu sentiasa memberi sokongan emosi dengan tidak membiarkan mereka merasa kesunyian selain mendapatkan rawatan di hospital.
Menurutnya, banyak faktor yang menyebabkan warga emas mengalami kemurungan antaranya ialah menghidapi penyakit kronik, perubahan fizikal seperti amputasi (potong) anggota badan disebabkan komplikasi penyakit kencing manis yang tidak terkawal dan pengambilan ubat tradisional yang mengandungi steroid tanpa kawalan serta sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap kemurungan.
Dr Layuza berkata apa yang penting adalah warga emas itu sendiri perlu mencegah gejala kemurungan dengan mengurangkan risiko tersebut melalui amalan gaya hidup sihat termasuk senaman yang bersesuaian, makan makanan seimbang dan hendaklah selalu berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat sekitar.
"Walaupun berhadapan dengan kekangan pandemik COVID-19 yang menjarakkan keluarga kita, penggunaan teknologi harus digunakan sebaiknya dengan berbual dengan ahli keluarga menerusi telefon secara tidak langsung membantu menyeimbangkan keperluan emosi kita," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada 2018 selain warga emas, golongan lain yang lebih cenderung mengalami kemurungan ialah individu yang tidak mempunyai pasangan hidup termasuk bujang, duda, janda serta mereka yang kehilangan pasangan.
Tambahnya, tinjauan yang sama juga mendapati gejala kemurungan lebih cenderung dihidapi kalangan kaum wanita dan masyarakat yang berada di luar bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 03 2021
Warga emas perlu mencegah gejala kemurungan melalui amalan gaya hidup sihat termasuk senaman, makanan seimbang dan selalu berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat sekitar. - Gambar hiasan
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Warga emas jatuh motosikal maut digilis treler
Mangsa yang berusia 73 tahun itu dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
'Saya dah biasa raya seorang'
Sejak kematian ibunya lebih 10 tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan buat seorang lelaki warga emas di Kampung Sekolah, Lenggeng di sini untuk menyambut Aidilfitri seorang diri.
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Warga emas maut kereta rempuh pagar rumah
Seorang wanita warga emas maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh pagar rumah dan sebuah kereta lain pada petang Ahad.
Kemalangan dalam perjalanan belajar agama, seorang lagi warga emas meninggal dunia
Kemalangan dalam perjalanan belajar agama, seorang lagi warga emas meninggal dunia
Duit jual laksa 'lebur', mak buat beli 'seluar kesihatan' RM800
Seorang anak kecewa apabila mendakwa ibunya menjadi mangsa penipuan apabila membeli seluar 'kesihatan' yang berharga RM800 daripada rakannya.