KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini bakal memuktamadkan calon pilihan parti itu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri seterusnya.
Sumber dalaman parti memberitahu Astro AWANI, ia susulan titah Tuanku terhadap kesemua ketua parti di Istana Negara awal hari ni, agar mereka mencari kesepakatan dalam memastikan calon Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Selain itu, sumber itu berkata, keputusan tersebut perlu dimuktamadkan susulan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan surat akuan perlu dihantar kepada Istana Negara sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos).
Selain itu beberapa ahli MKT lain memberitahu Astro AWANI, mesyuarat itu akan dipengerusikan presiden sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan ia akan bermula jam 8 malam.
Selepas itu, difahamkan, Ahmad Zahid akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara.
Beberapa media sebelum ini melaporkan, antara nama yang akan dibincangkan MKT malam ini ialah – Ahmad Zahid; Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
BACA: Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?
BACA: Agong seru semua parti politik menekankan muafakat baharu - Anwar
Media sebelum ini melaporkan, antara persetujuan yang dicapai adalah nama yang perlu disepakati perlulah terdiri daripada kalangan pemimpin kanan UMNO.
Persetujuan itu sekali gus menolak nama seorang lagi Ahli Parlimen UMNO yang turut disebut-sebut sebelum ini, iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk bertemu dengan pemimpin kanan parti-parti politik di Istana Negara.
Antara kelibat pemimpin yang dilihat memasuki perkarangan Istana Negara selain Ahmad Zahid, ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Parti Pejuang Tanah Air Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Selain itu, difahamkan Parti Warisan Sabah diwakili Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama dua jam, sebelum para pemimpin politik berkenaan dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara sekitar 4 petang.
Semalam, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.
Firdaus Azil
Tue Aug 17 2021
Difahamkan, Ahmad Zahid turut akan mempengerusikan mesyuarat bersama Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada pukul 9.30 malam, di sebuah hotel di ibu negara. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota
Maka, hari ini saya terpanggil untuk mengulas akan perihal ini memandangkan seolah-olah berlakunya situasi 'Rumah Siap, Pahat Berbunyi'.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Seorang lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.
Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.