awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April

Bernama
Bernama
07/02/2026
07:15 MYT
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Alexander (tiga, kiri, depan) berkata satu jawatankuasa induk penganjuran akan ditubuhkan dan diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak. - Gambar/ Bernama
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) buat julung kali sejak ditubuhkan pada 2019, akan mengadakan perhimpunan agung pada 19 April depan.
Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata wakil daripada keempat-empat parti komponen GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan dijemput menghadiri perhimpunan itu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung PBB berkata satu jawatankuasa induk penganjuran akan ditubuhkan dan diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, manakala jumlah perwakilan yang akan dijemput masih belum dimuktamadkan.
"Datuk Amar Douglas Uggah dijangka memanggil beberapa siri mesyuarat dalam masa terdekat bagi menubuhkan jawatankuasa berkaitan sebagai persediaan penganjuran konvensyen GPS," katanya.
Nanta berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS yang dipengerusikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.
Beliau berkata perhimpunan agung itu dijangka menjurus kepada tema "Pencapaian Strategi Pembangunan Pasca-COVID Sarawak 2030 (PCDS 2030)", sebagai hala tuju pembangunan jangka panjang negeri.
"Tema yang disebut oleh Premier menjurus ke arah pencapaian PCDS 2030. Maklumat lanjut termasuk garis masa terperinci dan atur cara perhimpunan masih dalam perbincangan dan akan dimaklumkan kelak oleh kepimpinan tertinggi GPS," katanya.
Mengulas sama ada konvensyen itu diadakan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri akan datang, Nanta berkata GPS sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, namun menegaskan perhimpunan itu merupakan yang pertama seumpamanya sejak penubuhan gabungan tersebut.
"Kita memang bersedia untuk apa-apa pun termasuk pilihan raya. Namun sejak pelancarannya, GPS belum pernah mengadakan konvensyen atau perhimpunan agung. Ini akan menjadi yang pertama sejak pelancaran GPS pada 2019," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPS
#Alexander Nanta Linggi
#Abang Johari Tun Openg
#perhimpunan agung pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan