awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PM UK: Boris Johnson enggan sokong mana-mana pihak

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2022
23:30 MYT
Calon PM UK: Boris Johnson enggan sokong mana-mana pihak
Boris Johnson ketika mengadakan lawatan ke Institut Francis Crick di London. Katanya dalam minggu-minggu terakhirnya di Downing Street, beliau akan melihat kepada perkembangan masa depan serta pelaburan dalam sains dan teknologi. - Foto REUTERS
LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson enggan menyokong mana-mana calon yang bertanding untuk menggantikannya.
Jelasnya ini kerana beliau tidak mahu merosakkan peluang kesemua calon.
"Saya tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenai semua itu. Terdapat pertandingan sedang dijalankan dan ia mesti berlaku. Saya tidak mahu merosakkan peluang sesiapa dengan menawarkan sokongan saya.
"Saya hanya perlu meneruskan dan dalam beberapa hari atau minggu terakhir, tugas fungsi perlembagaan Perdana Menteri dalam situasi ini adalah untuk menunaikan mandat untuk terus menunaikan mandat dan itulah yang saya lakukan," katanya.
Setakat ini seramai 11 calon umum untuk bertanding merebut jawatan Perdana Menteri Britain.
BACA: 11 individu isytihar bertanding jawatan PM UK
Johnson yang berusia 58 tahun digesa untuk meletak jawatan selepas beberapa siri skandal yang melanda pentadbirannya.
Tambah Johnson, dalam minggu-minggu terakhirnya di Downing Street, beliau akan melihat kepada perkembangan masa depan serta pelaburan dalam sains dan teknologi.
BACA: Boris Johnson umum letak jawatan
Johnson berkata demikian dalam penampilan pertamanya sejak minggu lalu susulan pengumumannya untuk meletak jawatan.
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#calon
#Perdana Menteri
#jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan