PUTRAJAYA:Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir kerana disahkan positif COVID-19 atau menjalani kuarantin wajib.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan selepas disahkan bebas daripada wabak itu atau tamat tempoh kuarantin.
"Tempoh kuarantin adalah 14 hari dan tempoh peperiksaan biasanya lebih panjang maka bila mereka sihat mereka boleh mengikuti kertas-kertas lain yang masih berlangsung dan kementerian akan aturkan sesi yang lain bagi mereka untuk kertas yang tertinggal," katanya pada sidang media secara maya, di sini hari ini.
Habibah berkata KPM akan memberikan set soalan berlainan bagi kertas peperiksaan yang tidak dapat diduduki oleh calon berkenaan untuk mengelakkan berlaku isu soalan bocor.
"Tetapi kita perlulah memastikan standard (soalan) adalah sama. Itu yang paling penting walaupun mungkin kertas berlainan, takkan sama, tetapi standard adalah sama," katanya.
Ditanya mengenai gesaan supaya gred pemarkahan peperiksaan diturunkan memandangkan terdapat calon yang ketinggalan dalam pembelajaran susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), katanya standard sedia ada perlu dikekalkan bagi mengelakkan sijil yang diperoleh oleh calon hilang pengiktirafan Cambridge.
"SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) telah diiktiraf oleh Cambridge setara dengan O-level. Jika kita buat sebarang perubahan maka kita hilang pengiktirafan itu jadi kita tak mahu calon kelas 2020 tidak memperoleh pengiktirafan bagi sijil mereka dan mungkin peluang mereka meneruskan pelajaran dan memasuki bidang kerjaya akan terjejas.
"Begitu juga peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf setara dgn A-level dan buat masa ini kita tak boleh buat perubahan kepada peperiksaan itu," katanya.
Habibah berkata KPM telah merancang pendekatan berbeza dalam proses menanda kertas peperiksaan dan mengeluarkan keputusan memandangkan tempoh yang ditetapkan adalah lebih pendek berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Oleh itu, kita masih boleh keluarkan keputusan untuk calon boleh memohon UPU dalam talian atau lain-lain permohonan atau untuk bekerja," katanya.
Peperiksaan utama iaitu SPM, STPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas dijadualkan bermula Februari ini.
Habibah berkata walaupun terdapat gesaan supaya peperiksaan berkenaan ditangguhkan susulan kebimbangan penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru, takwim yang telah dirancang tahun ini tetap dikekalkan dengan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan lebih ketat.
"Kalau lihat laporan, kes penularan berada dalam komuniti, tiada kluster sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang timbul sebab hadir ke sekolah.
"Ini adalah kerana kementerian ada garis panduan dan SOP yang perlu dipatuhi sekolah, begitu juga SOP untuk peperiksaan yang perlu dipatuhi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan," katanya.
Beliau berkata SOP dan garis panduan yang sama juga telah digunakan semasa peperiksaan SPM Ulangan 2019 pada tahun lepas dan tiada calon yang positif COVID-19 akibat menduduki peperiksaan itu.
Ditanya jika terdapat kes jangkitan di sekolah, Habibah berkata keputusan KPM adalah bergantung kepada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

Golongan itu hanya dibenarkan menduduki peperiksaan selepas disahkan bebas daripada wabak itu atau tamat tempoh kuarantin. - Gambar fail/ Bernama

Agenda AWANI: Dialog Hari Wanita Sedunia
Sejauh mana wanita mampu bangkit mendepani cabaran khususnya impak pandemik dan ekonomi? Agenda pemerkasaan wanita perlu diperhebat bagi menghalang segala diskriminasi dan ke arah mengangkat lebih ramai wanita sebagai pembuat keputusan? #AWANITA #CloseToChallange

Mansuh cuti penggal, beri peluang pelajar 'catch up' semula pelajaran - MIMBAR
Ia bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelari semula pembelajaran yang tertinggal.

Muafakat politik Bersatu, Pas, UMNO perlu diterus hingga selepas PRU15 - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, sepatutnya apa-apa perkara yang menjadi percanggahan boleh diselesaikan menerusi perundingan dan cari jalan keluar.

Cuaca panas: KASA terima aduan gangguan bekalan air di Baling
Aduan itu diterima sejak awal bulan lalu dan setakat ini hanya kawasan berkenaan dilaporkan terjejas.

PKPP: Pastikan 90 peratus penjawat awam bertugas di pejabat - Masidi
Semua ketua jabatan perkhidmatan awam negeri perlu memastikan keberadaan penjawat awam di bawah seliaan mereka mencapai tahap 90 peratus pada waktu bekerja di pejabat sepanjang PKPP.

AWANI Ringkas: Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun | PRU-15: PH mula agihan kerusi, termasuk bersama 'parti sahabat'
![AWANI 7:45 [08/03/2021]: Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID AWANI 7:45 [08/03/2021]: Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894290/17218730851615209530418_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/03/2021]: Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - Tiada kerjasama politik dengan UMNO pada PRU-15, Lim Guan Eng - Kadar pengangguran meningkat pda Januari 2021 - Bakal jemaah haji antara keutamaan terima vaksin COVID-19 #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Pilih antara rumah tangga, karier antara cabaran besar atlet wanita
Leong Mun Yee berkata atlet wanita khususnya yang berada dalam usia lewat 20-an, berdepan cabaran besar untuk membuat pilihan itu kerana berdasarkan faktor usia dan impian memburu kejayaan.

FGV tidak bercadang teruskan minat Perspective Lane jadi pemegang saham terbesar
FGV tidak merancang meneruskan cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd untuk menjadi pemegang saham terbesarnya.

Polis jumpa senjata api pemburu haram dibuang dalam sungai
Polis menemui dua laras senapang dan sepucuk pistol yang dibuang pemburu haram ke dalam Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Ibrahim Ali dekat Tendong, Pasir Mas.

JPJ ambil tindakan pelajar tular tak pakai topi keledar
Gambar berkenaan menjadi tular apabila baju seragam sekolah yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru.

Calon SPM 2020 di Sabah hadir dengan semangat juang pada hari pertama peperiksaan
Selepas mengharungi cabaran pembelajaran dalam talian, mereka hadir dengan semangat juang pada hari pertama peperiksaan tersebut.

Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi
Tempoh ini dapat membugarkan semula semangat pelajar agar lebih bermotivasi menghadapi detik peperiksaan tidak berapa lama lagi.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

36 kes positif COVID-19 babit pelajar balik ke asrama di Sabah - Masidi
Semua mereka dikesan positif ketika saringan yang dijalankan sebelum dibenarkan pulang ke asrama pada 16 Januari dan kini ditempatkan di pusat kuarantin.

COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.

PKP 2.0: Pelajar, calon peperiksaan utama dibenar hadir ke sekolah - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pelajar berkenaan dibenarkan hadir ke sekolah dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

425,251 calon duduki PT3 bermula hari ini
Daripada jumlah itu, 394,458 calon ialah pelajar sekolah menengah kebangsaan, manakala selebihnya 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian.

434,535 calon duduki peperiksaan SPM esok
Daripada jumlah itu, 377,194 orang ialah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.