Sukan SEA: Skuad hoki lelaki negara menang emas, belasah tuan rumah 8-0

Skuad hoki negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2025 dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand, 8-0 dalam aksi final. - Stadium Astro
SKUAD hoki negara menepati ramalan apabila memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 dengan menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand, 8-0 dalam aksi final hoki padang di Chonburi sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Skuad hoki negara memenangi pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 dengan mengalahkan Thailand 8-0 dalam final hoki padang di Chonburi.
- Malaysia mencipta kesemua lapan gol melalui gerakan padang tanpa menggunakan pukulan penalti atau sudut penalti.
- Kemenangan ini menandakan pingat emas ke-18 skuad hoki negara dalam sejarah Sukan SEA sejak 1971, menjadikan kontinjen Malaysia kini memiliki 48 pingat emas.
Berselang seminit, Nik Aiman Nik Rozemi, memastikan Malaysia berkelebihan tiga gol sebelum separuh masa.
Amukan sebenar The Speedy Tigers bermula dalam separuh masa kedua apabila Fitri Saari meneruskan pesta gol skuad negara pada minit ke-42.
Alfarico Liau kemudian menjaringkan gol kelima kem negara pada minit ke-50 dan Amanraj Sarwan menutup permainan selaku pemain terbaik menerusi ledakan hatriknya pada lewat permain, masing-masing pada minit ke-55, 57 dan 60.
Kemenangan itu merupakan pingat emas ke-18 skuad hoki negara di pentas Sukan SEA sejak 1971.
Kontinjen Malaysia kini sudah mengumpulkan 48 pingat emas setakat ini. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


