awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon vaksin COVID-19 dihasilkan di Malaysia belum boleh dikomersialkan - Ahmad Amzad

Bernama
Bernama
28/03/2022
04:40 MYT
Calon vaksin COVID-19 dihasilkan di Malaysia belum boleh dikomersialkan - Ahmad Amzad
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesemua calon vaksin COVID-19 yang sedang dihasilkan di negara ini belum boleh dikomersialkan buat masa ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.
"Setiap langkah penghasilan vaksin perlu mematuhi peraturan dan piawaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan juga di peringkat antarabangsa," kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai yang ingin tahu status proses pembuatan vaksin COVID-19 tempatan ketika ini serta senarai vaksin yang telah dibuat dan dikomersialkan oleh Malaysia.
Ahmad Amzad berkata negara kini sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19 iaitu vaksin yang dilemahkan dan vaksin berasaskan teknologi Messenger Asid Ribonukleik (mRNA).
Beliau berkata status bagi penghasilan vaksin yang dilemahkan kini berada di peringkat kajian praklinikal untuk tujuan pembuktian konsep yang bermula Februari 2022 dan dijangka siap pada Julai 2022, kemudian analisis data akan dijalankan yang dijangka berakhir Disember tahun ini.
"Bagi teknologi vaksin berasaskan mRNA, ia berada di peringkat makmal iaitu in-vitro transcription ke atas sel kultur pertama yang bermula pada Jun 2021 dan dijangka siap pada Disember 2022.
"Sekiranya, pembuktian konsep kedua-dua vaksin ini berjaya, pelaksanaan penghasilan vaksin ini akan diteruskan melalui makmal yang diakredetasikan sebagai Amalan Makmal Baik (GLP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#Ahmad Amzad Hashim
#Parlimen
#Dewan Negara
#vaksin mRNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan