Skip to main content

Malaysia

Caltex Malaysia umum gangguan sementara bekalan minyak di lima negeri

logo caltex
Caltex menjelaskan gangguan itu berpunca daripada kelewatan luar jangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan apinya. - Foto Caltex Malaysia

KUALA LUMPUR: Caltex Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negeri mungkin mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan diesel bagi tempoh beberapa hari akan datang bermula semalam.

Dalam satu hantaran di Instagram, Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

Advertisement

Syarikat berkenaan menjelaskan gangguan itu berpunca daripada kelewatan luar jangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan apinya.

Ia menambah bahawa usaha sedang giat dijalankan untuk memberi keutamaan kepada pengedaran dan meminimumkan tempoh gangguan.

Caltex turut memohon maaf berhubung segala kesulitan dan berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran serta pemahaman mereka.

-- BERNAMA

Must Watch Video