Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.
Camilla tiba di muzium yang menyaksikan kumpulan berkenaan mengadakan persembahan pada 1 petang dan disambut Pengarah Teochew Puppet and Opera House Ling Goh.
Beliau dihiburkan dengan pertunjukan selama 10 minit berjudul "The Wood Shed" (boneka) dan "Mui Gui Ying Get Married" (persembahan opera).
Selain pertunjukan boneka Teochew dan opera, beliau turut disajikan dengan persembahan wayang kulit.
Wayang Kulit itu dipersembahkan Ketua Pemuzik Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka dari Machang, Kelantan, Abdul Rahman Dollah, 60, dan anaknya Ahmad Iryasad Abdul Rahman,15.
Daripada raut wajah, Camilla sangat teruja dan kagum menyaksikan pertunjukan tersebut .
Sementara itu, Ling memberitahu Bernama dia sangat gembira dan terkejut setelah mendapat peluang mengadakan persembahan di hadapan kerabat diraja British itu.
Pertunjukan boneka (Teochew Puppet) sangat popular di Pulau Pinang selama sedekad, dan pada masa ini, persembahan itu masih dipertontonkan sebagai hiburan kepada masyarakat.
Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman menyaksikan pertunjukan opera sebenar yang terkenal sejak beberapa tahun lalu.
Bangunan Opera House dibina di sebuah rumah kedai di zon warisan yang diwartakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), dan ia diwarisi oleh generasi kelima keluarga Kim Giak Low Choon.
Teochew Puppet and Opera House adalah antara 10 muzium terkenal di Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Pusat Budaya Pusaka, Pauline Fan berkata Camilla sangat berminat dengan pertunjukan wayang kulit.
"Baginda menyatakan tidak pernah menyaksikan pertunjukan itu dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai alatan yang digunakan dalam persembahan tersebut," kata Pauline.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2017

Daripada raut wajah, Camilla sangat teruja dan kagum menyaksikan pertunjukan tersebut . - fotoBERNAMA

Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
![[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah [LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701401557_TBGazajpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza musnah
Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

Tentera Israel musnahkan 60 peratus rumah di Semenanjung Gaza
Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza.

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.