awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dzulkefly

Bernama
Bernama
04/02/2026
07:00 MYT
Campur tangan insurans dalam rawatan pesakit bercanggah undang-undang - Dzulkefly
Dzulkefly melahirkan kebimbangan berhubung campur tangan pengendali insurans, takaful dan pentadbir pihak ketiga (TPA) dalam pengurusan rawatan yang berpotensi mempengaruhi keputusan klinikal doktor di hospital swasta. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa sebarang tindakan yang boleh menggugat kebebasan pengamal perubatan dalam melaksanakan tanggungjawab merawat pesakit boleh ditafsirkan sebagai tidak konsisten dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu dipandang serius susulan kebimbangan berhubung campur tangan pengendali insurans, takaful dan pentadbir pihak ketiga (TPA) dalam pengurusan rawatan yang berpotensi mempengaruhi keputusan klinikal doktor di hospital swasta.
Beliau berkata sebarang bentuk campur tangan sedemikian bercanggah dengan peruntukan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) yang menjamin tanggungjawab profesional pengamal perubatan dalam memberikan rawatan kepada pesakit.
"KKM memainkan peranan aktif menerusi Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC), sebuah platform melibatkan pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, wakil syarikat insurans, pengendali takaful dan TPA bagi membincangkan serta mencari penyelesaian terhadap isu yang dibangkitkan.
"Ia sebuah jawatankuasa untuk membincangkan serta mencari penyelesaian tuntas bagi usaha-usaha yang dibangkitkan bersama pemegang taruh," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#campur tangan insurans
#pengamal perubatan
#peruntukan undang-undang
#Dzulkefly Ahmad
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan