awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Campur urusan Islam, polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2024
04:20 MYT
Campur urusan Islam, polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham
Koo Ham sebelum ini dilapor membuat saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.
IPOH: Polis membuka kertas inkuiri (KEP) berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, di bawah klasifikasi itu, semua laporan yang diterima diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan memandangkan laporan pertama dibuat di sana.
Menurutnya, setakat ini, sebanyak 16 laporan polis telah dibuat di Perak terhadap pemimpin DAP itu.
"Kita sudah terima 16 laporan, siasatan telah bermula dan dijalankan di bawah KEP,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.
Koo Ham sebelum ini dilapor membuat saranan supaya kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang ditubuhkan pada awal bulan ini.
Susulan cadangan tersebut, Pengerusi DAP Perak itu mendapat kecaman hebat daripada pemimpin-pemimpin Islam dalam negara.
Dalam pada itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempengerusikan MKI turut mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Justeru, Koo Ham tampil membuat permohonan maaf di atas kesilapannya yang mengeluarkan cadangan tanpa usul periksa terlebih dahulu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#siasatan polis
#agama islam
#bakar kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan