awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cantik tapi bahaya, jangan sentuh obor-obor terdampar di Terengganu

Bernama
Bernama
07/03/2021
09:18 MYT
Cantik tapi bahaya, jangan sentuh obor-obor terdampar di Terengganu
Spesies Velella velella berbeza dengan obor-obor Portuguese man o' war yang pernah ditemui di pantai Terengganu awal tahun lepas. - Jabatan Perikanan Terengganu
KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang, menyentuh mahu pun menyimpan obor-obor Velella velella atau turut dikenali engan nama panggilan 'by-the wind sailors' yang terdampar di pantai Terengganu sejak beberapa hari lepas.
Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata hidupan marin berwarna biru itu mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, namun berbahaya kepada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan rasa gatal.
"Spesies itu lazimnya terapung di tengah lautan. Ia mungkin dibawa angin dan ombak kuat hingga terdampar di kawasan Pantai Pandak di Chendering, Pantai Teluk Ketapang (Kuala Nerus) dan Pantai Rhu Muda (Marang).
"Sekiranya menjumpai mana-mana spesies obor-obor, orang ramai disaran untuk maklumkan kepada Pejabat Perikanan yang terdekat atau pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Perikanan Terengganu telah meminta PBT untuk memasang papan tanda peringatan kepada pengunjung pantai agar tidak menyentuh obor-obor berkenaan.
"Warnanya cantik, jadi ada kemungkinan individu terutama kanak-kanak teruja melihat dan menyentuhnya kerana tidak tahu apa risiko yang bakal dihadapi. Dengan pemasangan papan tanda sekurang-kurangnya pengunjung akan lebih berhati-hati," katanya.
Sementara itu, beliau berkata spesies berkenaan adalah berbeza dengan obor-obor Portuguese man o' war yang pernah ditemui di pantai Terengganu awal tahun lepas.
"Portuguese man o' war mempunyai gelembung untuk terapung dan memiliki ekor yang sangat beracun manakala Velella velella mempunyai layar dan tidak mempunyai ekor.
"Setakat ini sudah ada dua kes berkaitan obor-obor ini iaitu di Setiu serta Teluk Ketapang, dan kita harap orang ramai lebih berwaspada ketika beriadah di pantai ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#obor-obor
#cantik tapi bahaya
#terdampar di pantai terengganu
#by-the wind sailors
#Velella velella
#perikanan terengganu
#Zawawi Ali
#Orang ramai
#diberi amaran
#jangan sentuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan