awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP gesa haramkan pelitup muka mengandungi 'nanopartikel graphene'

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2021
04:54 MYT
CAP gesa haramkan pelitup muka mengandungi 'nanopartikel graphene'
Mohaideen berkata, apabila pelitup muka itu lusuh, serpihan 'nanographene' mengelupas dan boleh disedut ke dalam paru-paru. - Foto CAP
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa mengharamkan penjualan pelitup muka yang mengandungi 'nanopartikel graphene' yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan.
Presiden CAP, Mohaideen Abdul Kadir berkata, kerajaan Kanada telah pun mengambil tindakan melarang penggunaan pelitup muka yang mengandungi 'graphene' kerana kemungkinan berisiko terhadap penyedutan partikel 'graphene'.
Menurutnya, disebabkan pemakaian pelitup muka adalah barisan pertahanan kritikal dalam melawan COVID-19 dan penyakit bawaan udara lain, kehadiran nanopartikel terbabit dalam pelitup muka tidak seharusnya menjadi risiko kesihatan tambahan kepada pengguna.
"Kita juga mahu kerajaan menetapkan piawaian bagi pelitup muka dan pengguna perlu mengambil iktibar daripada perkara ini supaya kita kekal selamat dengan memilih pelitup muka yang diperbuat daripada kapas untuk mencegah penyebaran jangkitan," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, 'graphene' adalah novel nanomaterial yang merangkumi zarah-zarah halus yang mempunyai sifat antivirus dan antibakteria.
Menurut kajian katanya, pelitup muka dilapisi 'graphene' berpotensi menyebabkan keracunan paru-paru pada haiwan.
Meskipun berpotensi menyebabkan risiko kesihatan, Mohaideen berkata, berjuta pelitup muka yang mengandungi nanographene dihasilkan setiap hari dan dijual di seluruh dunia.
"Pelitup muka yang mengandungi graphene boleh dikenal pasti dengan lapisan warna gelap pada bahagian dalam pelitup muka tersebut.
"Ia mudah dikenal pasti sebab ia berwarna kelabu," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Mohaideen berkata, apabila pelitup muka itu lusuh, serpihan 'nanographene' mengelupas dan boleh disedut ke dalam paru-paru.
Katanya, pengguna pelitup muka yang mengandungi graphene itu mengalami kesukaran bernafas, kerengsaan kulit dan berasa seperti bernafas dalam bulu kucing.
Artikel asal di Sinar Harian: CAP gesa haramkan pelitup muka mengandungi graphene
Topic Berkaitan
#pelitup muka
#Graphene
#Mohaideen Abdul Kadir
#COVID-19
#Persatuan Pengguna Pulau Pinang
#CAP
#nanopartikel
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan