awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan

Bernama
Bernama
11/10/2023
20:40 MYT
CAP gesa pembentangan RUU GEG disegerakan
CAP berkata, hari demi hari semakin ramai kanak-kanak yang ketagih dengan budaya vape.
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.
Pegawai Pendidikan dan Aktivis Anti Merokok CAP N. V. Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.
"Kebanyakan vaper dan perokok adalah kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas serta remaja berusia 13 tahun ke atas, malah hari demi hari semakin ramai kanak-kanak yang ketagih dengan budaya vape ini, kita sudah mempunyai tiga juta vaper, dan majoriti mereka adalah kanak-kanak dan pelajar," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Isnin lepas pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU GEG bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.
Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vape
#RUU Generasi Penamat
#GEG
#CAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan