Langkah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menarik balik catuan air di Selangor dan Kuala Lumpur dibuat setelah kerajaan Selangor memberi jaminan air mentah di negeri itu mencukupi.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan negeri memberi jaminan air mentah di sepanjang Sungai Selangor mencukupi berikutan hujan, dan pengepaman air mentah sebanyak 950 juta liter sehari (JLH) dari lombong-lombong berhampiran.
"Jaminan air mentah mencukupi untuk diabstrak oleh lima buah loji di sepanjang Sungai Selangor adalah perlu kerana air mentah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan pelan tindakan catuan air serentak di semua kawasan terlibat mulai esok.
Ongkili berkata kementerian dan SPAN juga telah diberi jaminan oleh kerajaan negeri bahawa air lombong yang dipam untuk menambah aliran air di Sungai Selangor telah diuji dan mematuhi parameter ditetapkan dalam Garis Panduan Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.
Ongkili berkata kementerian turut dimaklumkan usaha mengepam air lombong untuk menambah aliran air di Sungai Selangor telah dijalankan sejak tiga bulan lepas.
Katanya air lombong tidak dipam terus ke loji-loji rawatan, sebaliknya dialirkan ke sungai untuk menaikkan paras air sungai sedia ada.
Bagaimanapun, Ongkili menegaskan bahawa paras air di empangan khususnya Empangan Sungai Selangor masih belum melepasi paras selesa.
Setakat hari ini, katanya, taburan hujan kebanyakannya jatuh di hiliran sungai dan sedikit di kawasan tadahan empangan.
"Berikutan itu, langkah berjaga-jaga dan usaha untuk memenuhi empangan tersebut melalui pengurangan pelepasan air mentah dan pembenihan awan perlu diteruskan oleh kerajaan Selangor," katanya.
Langkah penjimatan dilakukan pengguna semasa catuan dua bulan lepas perlu diteruskan untuk memastikan simpanan air mentah boleh bertahan lama terutama ketika musim panas kedua yang dijangka pada Jun dan Oktober depan, kata Ongkili.
Bernama
Wed Apr 30 2014
Catuan air ditarik balik setelah kerajaan Selangor beri jaminan air cukup - Ongkili
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.
Paras air Empangan Bukit Merah susut: JPS Perak laksana catuan air
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaksanakan catuan air berikutan penyusutan paras air di Empangan Bukit Merah.
El Nino: Catuan air mungkin dilakukan bergantung situasi
Ketika ini catuan belum dijalankan dan bekalan air bersih di Sandakan masih diagihkan seperti biasa.
Kerja penambahbaikan LRA SSP3 siap, pemulihan bekalan air bermula hari ini
Air Selangor menasihati pelanggan yang terjejas untuk menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.
Catuan air di Melaka berakhir 1 April ini
Derita ditanggung hampir sejuta rakyat Melaka susulan catuan bekalan air berjadual yang dilaksanakan sejak penghujung Januari lalu bakal berakhir 1 April ini.
Kerajaan lulus peruntukan RM200 juta bina Empangan Jernih - KM Melaka
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kira-kira RM200 juta iaitu tambahan RM36 juta untuk pembinaan Empangan Jernih bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri ini.
Sektor pelancongan Melaka dikhuatiri berdepan 'bad review' jika catuan air berterusan
Lebih membimbangkan,sekiranya pelancong dari luar negara memberikan ulasan yang kurang memuaskan kepada tahap perkhidmatan mereka.