PUTRAJAYA: Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha kepada cawangan jabatan berkaitan yang mengatakan cukai jalan tidak akan dikeluarkan secara fizikal bermula 1 Ogos 2023 serta memohon pelanggan memperbaharuinya menerusi aplikasi MyJPJ.
"Stiker (cukai jalan fizikal) masih dikeluarkan, cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi mereka letak notis tiada lagi cukai jalan fizikal tapi itu bukan keputusan dasar. Jadi kita ambil langkah cepat, apabila kita tahu cawangan itu telah habis stok, kita akan teruskan tempahan stok," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya Kementerian Pengangkutan belum lagi menetapkan tarikh mutlak bagi transisi cukai jalan fizikal kepada digital sepenuhnya, malah rakyat masih diberi pilihan untuk menggunakan cukai jalan secara fizikal.
"Sementara ini kita akan bagi lagi, tapi akan sampai masa kita kata semuanya akan ditukar kepada digital sepenuhnya, namun keputusan ini belum dibuat, ia akan mengambil tempoh enam bulan hingga setahun sebelum dapat bertukar sepenuhnya kepada digital," katanya.
Beliau berkata setakat ini hanya 30 peratus pemilik kenderaan yang memilih untuk menggunakan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.
Loke sebelum ini mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tempatan tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing bermula 10 Feb lepas, sebaliknya boleh menggunakan mod paparan digital.
Katanya langkah pendigitalan JPJ itu mampu mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter JPJ sehingga 80 peratus, dengan setiap bulan secara purata 1.5 juta kenderaan perlu memperbaharui lesen kenderaan motor, dan membawa penjimatan RM96 juta setahun dari segi kos pelekat dan kad.
Mengulas penutupan beberapa laluan di ibu negara bermula Sabtu ini (5 Ogos), Loke berkata beliau telah memberikan pandangannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar keputusan itu dikaji semula dengan mengambil kira lebih banyak kesesakan jalan raya akan berlaku di kawasan terlibat.
Biarpun penutupan jalan berkenaan adalah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan MOT, Loke berpendapat sebelum sebarang jalan raya ditutup, perlu ada perancangan sebaiknya dan melibatkan komunikasi atau cadangan daripada orang ramai.
DBKL memaklumkan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup sehingga 4 Ogos 2024 bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.
Mengulas insiden seorang wanita yang dicabul di platform stesen LRT Maluri, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Loke berkata lelaki berkenaan yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah ditahan polis.
Beliau berkata Prasarana Malaysia Bhd diarahkan untuk meningkatkan elemen keselamatan di stesen-stesen LRT.
Dlam kejadian itu seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen berkenaan sebelum diselamatkan orang awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Loke berkata setakat ini hanya 30 peratus pemilik kenderaan yang memilih untuk menggunakan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ. - Gambar Bernama
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
SPRM sahkan tahan MB Perlis
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
Bengang lori ditahan, lelaki maki anggota JPJ
Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi semasa anggota JPJ menjalankan tugas rondaan di Bahau bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan.
Bayaran 'online' lesen memandu, cukai jalan masih dalam fasa ujian - Anthony Loke
Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukti Konsep (POC) mengenainya selesai.
Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal
Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal.
Kerajaan cadang perkenal nombor plat khas kenderaan elektrik
Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik (EV).
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.
"Eh, ingat masih moratorium..." antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang tarikh ulang tahun kelahiran.
Penjawat awam boleh bayar insurans kenderaan, cukai jalan melalui potongan gaji
Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.
Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad dengan membuat pilihan negeri dan cawangan pejabat pos.
MOT cadang lanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan
Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang melanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian selama dua bulan lagi.
MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah
MyCar mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP.