awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cecair rokok elektronik berbahaya - Pakar

Bernama
Bernama
19/09/2015
07:35 MYT
Cecair rokok elektronik berbahaya - Pakar
Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkan kandungan nikotin yang terkandung di dalam cecairnya, kata pakar. -Gambar hiasan
Penggunaan rokok elektronik atau vape adalah berbahaya disebabkan kandungan nikotin yang terkandung di dalam cecairnya.
Pakar Psikiatri dan Pakar Berhenti Merokok di Pusat Pakar Universiti Malaya, Dr Amer Siddiq Amer Nordin berkata lebih membimbangkan apabila penjual membancuh sendiri cecair mengikut permintaan pelanggan tanpa mengetahui isi kandungannya.
"Belum ada bukti mengatakan vape selamat digunakan dan kita risau apabila penjual membancuh cecair tersebut tanpa pengetahuan akan memberi kesan kesihatan kepada pengguna," katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Pencegahan dan Rawatan 2015 (ICAPT 2015) di sini, hari ini.
Justeru, Dr Amer Siddiq berkata penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan vape adalah perlu untuk mengelakkan orang ramai khususnya golongan remaja memulakan tabiat merokok.
Katanya, meskipun ramai beranggapan vape membantu perokok tegar untuk berhenti merokok, namun disebabkan warna dan kepelbagaian rasa yang ditawarkan, vape juga menarik golongan bukan perokok untuk mencubanya.
ICAPT 2015 yang bermula semalam bertindak sebagai pentas perbincangan kepada permasalahan dadah dan yang berkaitannya serta kaedah rawatan yang diperlukan.
Ia disertai pihak bertanggungjawab seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, para pensyarah dan penyelidik tempatan dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Amer Siddiq
#E-rokok
#merokok
#nikotin
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan