awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cedera ditampar pemandu treler selepas kemalangan di lampu isyarat

Sinar Harian
Sinar Harian
28/07/2019
15:10 MYT
Cedera ditampar pemandu treler selepas kemalangan di lampu isyarat
Mangsa telah ditampar oleh pemandu treler berkenaan sehingga mengalami luka dan bengkak di bahagian mata dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit. - Gambar hiasan
Seorang lelaki cedera di muka kerana ditampar seorang pemandu treler selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Udang Kepai, Segambut, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Heisham Harun berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi 21 Julai lalu membabitkan seorang pemandu kereta jenis Proton Saga dan pemandu treler.
“Mangsa telah ditampar oleh pemandu treler berkenaan sehingga mengalami luka dan bengkak di bahagian mata dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan kejadian terbabit.
“Pada masa sama, seorang wanita yang cuba mengambil gambar kemalangan tersebut telah dimarahi dan diugut oleh pemandu treler berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Heisham, wanita tersebut yang bimbang dengan keselamatannya telah membuat satu laporan polis selepas pemandu treler terbabit mengugut mahu ke rumahnya.
"Susulan itu, sepasukan polis berjaya memberkas suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan jenayah," katanya.
Topic Berkaitan
#cedera ditampar
#Jalan Udang Kepai
#kemalangan lampu isyarat
#pemandu treler
#Polis Daerah Sentul
#Segambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan