BANGI: Mendapat keputusan cemerlang, 10A dan 9A. Ditawarkan ke program asasi di universiti awam di negara ini. Memperoleh tempat untuk mengikuti program ke matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Namun, ada sebabnya tiga pelajar Adam Aznan, Ahmad Aidid Hakimi Ahmad Zakki dan Muhammad Aliff Muhammad Shukri tidak ke program Asasi atau Matrikulasi, tetapi memilih German-Malaysia Institute (GMI), sebuah institusi yang menawarkan kursus kemahiran sebagai laluan untuk percaturan pendidikan masa depan mereka.
Adam, pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik Cheras dan mendapat keputusan 10A mengakui, hasratnya yang menggunung tinggi untuk belajar di peringkat lebih tinggi di luar negara mendorongnya memilih GMI dan bukannya di institusi lain.
"Tidak ada sebab lain, saya lihat GMI ada menawarkan jalan untuk ke Jerman, Perancis, United Kingdom(UK) atau Australia. Saya memang menyimpan hasrat untuk belajar di negara di Eropah, selepas saya buat "homework", memang GMI ada tawarkan jalan (pathway) sebagaimana saya mahukan, iaitu belajar di luar negara," katanya yang mendaftar jurusan kejuruteraan mekatronik (Mechatronic Engineering) di GMI, minggu lepas.
Sementara itu, Ahmad Aidid Hakimi Ahmad Zakki, pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pula amat meminati sains komputer dan memilih jurusan kejuruteraan perkasasan (software engineering) di GMI untuk menyambung minatnya itu ke peringkat yang lebih tinggi nanti.
"Daripada apa yang saya baca dan kaji, saya lihat GMI ada satu program yang tersusun untuk belajar dalam bidang software engineering. Semasa Hari Terbuka sebelum ini, saya ada kesempatan melihat kelas dan peralatan yang digunakan untuk pembelajaran. Saya dapat merasakan penekanannya banyak kepada kemahiran, untuk menyediakan pelajar kepada keperluan industri nanti.
"Saya ada dapat juga tawaran untuk mengikuti program sains komputer di sebuah universiti awam, tetapi saya tolak sebab, saya merasakan, laluan di GMI ini lebih mudah untuk saya salurkan kemahiran sains komputer saya, seterusnya untuk saya ke luar negara iaitu UK atau Australia bagi melanjutkannya peringkat yang lebih tinggi," katanya yang banyak menyertai pertandingan e-sukan termasuk menang dalam beberapa perlawanan Mobile Legends sebelum ini.
Ditanya mengenai masa depan di dalam bidang ini, Ahmad Aidid Hakimi, anak bongsu daripada tiga beradik, yang sudah membangunkan beberapa laman web berkata, semua pihak wajar menyokong pertumbuhan industri e-sukan terutamanya permainan digital online yang mencatatkan pulangan memberangsangkan selain menjana kreativiti dan potensi diri.
"Saya melihat ini adalah keperluan masa hadapan, kemahiran yang membangunkan sektor kandungan dan teknologi kreatif, sekali gus membawa pertumbuhan memberangsangkan kepada sektor animasi, kesan visual, media baharu serta sektor permainan digital, " kata Ahmad Aidid Hakimi.
Seorang lagi pelajar, Muhammad Aliff Muhammad Shukri, pula mengakui gaji jurutera perkasasan (software engineer) yang sangat menarik dan tinggi menarik minatnya untuk mengikuti jurusan software engineering di GMI.
"Saya boleh katakan bahawa saya tertarik dengan gaji lumayan mereka yang berkerjaya dalam bidang ini. Secara kebetulan, GMI ada menawarkan kursus ini, jadi selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya tidak fikir panjang dan terus mendaftar," kata Muhammad Aliff.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang turut dipelawa menyertai kursus-kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), tanpa terkecuali yang ditawarkan di GMI serta beberapa kampus pengajian di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
"Mereka (pelajar cemerlang SPM) boleh memilih daripada lima universiti TVET di seluruh negara dan institusi di bawah MARA, sekali gus membantu memacu usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi," kata Ahmad Zahid.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GMI, Ahmad Solihin Mohamed Yusoff berkata, seramai 837 pelajar mendaftar untuk pengajian peringkat diploma pelbagai bidang khususnya kejuruteraan, animasi dan multimedia di GMI bagi semester 1, untuk tahun 2024 pada 3 Julai lepas.
"Kita akan ada lagi pengambilan seterusnya untuk tahun ini. Buat masa ini kita di GMI tawarkan program latihan berkemahiran tinggi dengan menggunakan teknologi Jerman di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Jabatan Komputer dan Informasi.
“Malah, GMI juga satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 50 rangkaian ‘Universities of Applied Sciences’ (UAS) di Jerman," katanya yang ditemui Astro AWANI pada Hari Orientasi GMI, di sini.
Sehingga Julai 2024, bilangan pelajar GMI adalah seramai 2,119 orang untuk program diploma dan seramai 109 orang untuk program Persediaan Universiti Jerman (GAPP) dan jumlah ini dijangka meningkat dari tahun ke tahun.
Dengan pengalaman di dalam bidang industri pendidikan teknikal, GMI sehingga kini sudah mempunyai graduan seramai 12,912 bermula dari tahun 1995 hingga 2023 untuk program diploma. Manakala seramai 1,979 graduan pula dari program GAPP.
Menurut Ahmad Solihin, kebanyakan graduan GMI memperoleh peluang pekerjaan di dalam bidang teknikal dan yang berkenaan di dalam negara dan juga di luar negara.
"Malah kualiti graduan dari GMI sangat diperlukan oleh industri dan kenyataan ini disokong oleh wakil dari pihak industri yang majoritinya merupakan rakan teknikal kepada GMI.
“Pendekatan latihan di GMI pula merupakan student-centred dan secara holistik di mana GMI melatih pelajar untuk cekap dari segi kemahiran teknikal, kemahiran sosial dan kemahiran pembelajaran. Ini juga merupakan faktor kepada permintaan daripada pihak industri terhadap graduan GMI yang sudah terbukti kemahiran dan kecemerlangannya," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Solihin berkata, GMI telah membangunkan beberapa fasa untuk penambahbaikan dalam memberikan penekanan dalam bidang bidang reka bentuk dan programming, Studienkolleg (German Foundation Studies), pengkhususan Teknologi ICT dan mengadakan kolaborasi dengan pihak industri.
"Sokongan dan komitmen kerajaan adalah perlu kerana TVET dan GMI memerlukan pelaburan yang sangat intensif terutamanya modal insan," kata Ahmad Solihin.
Pada 1991, GMI, iaitu sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran ditubuhkan untuk menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang.
Institut ini menawarkan pendidikan kejuruteraan, dengan peluang untuk pengkhususan dan pembelajaran serta pembangunan kendiri di mana ia menumpukan kepada aspek teknikal, berbanding teori menjadikan graduan dari institusi itu mempunyai kebolehpasaran tinggi dan mudah melanjutkan pengajian ke luar negara.
GMI mengaplikasi sistem German Dual Vocational Training (GDVT) dengan tumpuan kira-kira 75 peratus latihan praktikal, berbanding 25 peratus teori.
Pelajar yang melanjutkan pengajian ke GMI berpeluang menyambung pengajian ke universiti di Jerman, Australia dan UK.
Azlinariah Abdullah
Thu Jul 11 2024
Ahmad Solihin berbual dengan sebahagian pelajar GMI yang mendaftar di institusi itu baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET - TPM
Ahmad Zahid juga mahukan 10,160 calon SPM yang tidak hadir peperiksaan itu untuk terus memohon untuk memasuki bidang TVET.
Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2019 itu diluluskan dengan sokongan 57 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).