KUALA LUMPUR: Ketetapan semua jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menjadikan hasil seni oleh pengusaha tempatan sebagai cenderahati membuka peluang untuk mempromosikan kraf tangan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Tidak hanya memartabatkan produk Malaysia, langkah itu juga membuka lebih ruang kepada pengusaha produk seni di seluruh negara, yang sedang bangkit semula selepas berdepan kekurangan peluang perniagaan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.
Di PERAK, pengusaha labu sayong Mohd Pareb Zamari, 46, dari Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar berkata ketetapan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu, memberi kelegaan kepada pengusaha kraf tangan tempatan kerana berpeluang menjana pendapatan lebih baik.
"Apabila kami menerima pelbagai tempahan daripada agensi kerajaan, perniagaan kami dapat berkembang maju kerana lebih ramai akan mengenali produk yang dihasilkan usahawan tempatan," katanya ketika dihubungi semalam.
Pembuat replika bot nelayan dari Pulau Pangkor, Mohd Isa Siron, 52, menyifatkan langkah itu dapat membantu menonjolkan pelbagai keunikan hasil kerja tangan dan bakat usahawan kraf dari seluruh negara di platform lebih besar.
Di KELANTAN, Pengerusi Persatuan Pembatek Melayu Pantai Timur (PPMPT) Kamaruzzaman Mohd Salleh berkata langkah itu membolehkan 350 ahli persatuan menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan produk supaya sesuai ditonjolkan di luar negara.
Pengusaha produk kraf tangan anyaman buluh Hazlina Awang Hamat, 55, dari Kampung Anal, Tumpat juga optimis produk keluarannya seperti tudung saji dan nyiru dapat menarik minat lebih ramai pelanggan pada masa akan datang, memandangkan setiap satunya memiliki kelainan tersendiri kerana merupakan buatan tangan.
Di TERENGGANU, pengusaha kraf tangan rotan Nur Fitrah Mohd Azizi, 32, yang berterima kasih dengan langkah membantu pengusaha tempatan sepertinya, bagaimanapun berharap pihak terlibat juga dapat membuat tempatan lebih awal kerana kebanyakan hasil seni dihasilkan menggunakan kaedah manual tanpa bantuan mesin.
Sementara itu, di MELAKA pengusaha produk kraf tangan mainan lembut, Mazlina Majid, 51, dari Kampung Rim percaya usaha menjadikan produk kraf tangan sebagai cenderamata termasuk di acara rasmi negara mampu menaikkan tahap keyakinan diri pengusaha tempatan, terutamanya yang berada di luar bandar.
"Ia menjadi tiupan semangat kepada diri sendiri untuk mempercayai produk yang dihasilkan berkualiti dan mencapai standard yang ditetapkan Kraftangan Malaysia selain menjadi motivasi untuk kami menghasilkan produk dengan lebih baik," katanya yang turut menerapkan unsur beridentitikan Melaka dan kain batik dalam produknya.
Di PERLIS, pengusaha kraf tangan Izfah Hanim Abdullah, 42, pula berharap langkah itu dapat menarik minat orang ramai untuk turut sama membeli produk tempatan selepas keunikan dan kelebihan hasil seni itu ditonjolkan di peringkat lebih tinggi.
Pada Sabtu, Perdana Menteri semasa berucap di majlis penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) di Putrajaya, antara lain berkata semua jabatan dan agensi kerajaan serta GLC hanya dibenarkan membeli cenderahati hasil seni oleh pengusaha Bumiputera.
Anwar berkata ia bagi mengetengahkan dan meningkatkan akses pasaran kepada pengusaha tempatan dengan semua pihak perlu membantu dan merancakkan penghasilan produk kraf tangan tempatan, terutamanya menjelang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, agar dapat mempamerkan keunikan dan ketulenan hasil kraf dari setiap negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Batik Malaysia. --fotoBERNAMA
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Cenderahati kraf tempatan buka lebih peluang kepada pengusaha
Langkah itu membuka lebih ruang kepada pengusaha produk seni di seluruh negara yang sedang bangkit semula selepas pandemik COVID-19.