awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cendol 'penyejuk' masyarakat di Malaysia

Bernama
Bernama
14/09/2023
01:15 MYT
Cendol 'penyejuk' masyarakat di Malaysia
Cendol turut tersenarai sebagai makanan selesa bukan saja bagi penduduk di Semenanjung malah di Sabah dan Sarawak terutama saat negara dilanda musim panas. - Gambar hiasan
MELAKA: Pertembungan budaya dalam bentuk kulinari di negara ini secara tidak langsung memangkin perkembangan pelbagai jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum.
Di Malaysia, adalah normal untuk melihat sesuatu bangsa menikmati atau menghasilkan makanan daripada bangsa lain malah menjadikan sesuatu menu tersebut sebagai makanan selesa atau comfort food mereka.
Cendol, pencuci mulut yang dijual oleh golongan India Muslim di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai makanan selesa bukan saja bagi penduduk di Semenanjung malah di Sabah dan Sarawak terutama saat negara dilanda musim panas.
Lebih istimewa, sajian tempatan yang dihidang sejuk dengan campuran santan, gula Melaka, jeli tepung beras hijau dan kacang merah ini merupakan pencuci mulut ikonik yang diisytihar sebagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia.
Bagi Insyirah Hakim, 31, pencuci mulut itu merupakan antara makanan selesa yang mudah didapati di mana-mana tempat dengan harga berpatutan.
"Lagipun, cendol ini boleh diibaratkan rakyat Malaysia... mampu berada di dalam satu 'mangkuk' dan menghasilkan kemanisan untuk negara. Jadi sempena Hari Malaysia ini, sangat sesuailah cendol ini juga menjadi lambang perpaduan di negara ini.
"Sebab itulah setiap kali bawa rakan dari dalam atau luar negara ke Melaka, satu daripada agenda adalah makan cendol sebab makanan ini boleh dinikmati oleh semua bangsa dan siapa tak suka sesuatu yang sejuk, manis dan menyelerakan," katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Tan Yi Wern, anak jati Melaka berkata, kesudian pelbagai bangsa untuk berkongsi meja di gerai-gerai cendol tanpa sebarang prejudis adalah suatu nikmat yang perlu disyukuri.
"Bayangkan juga, kerana semangkuk cendol, kita boleh berkongsi meja atau beratur panjang bersama-sama tanpa kira siapa yang jual. Ini semangat perpaduan dan keunikan bangsa Malaysia yang disemai melalui makanan," katanya.
Bagi pengurus media sosial Cendol Kampung Hulu, Siti Noor Dalilah Mohamad Rahimi berkata imej cendol yang 'mesra' memnbuatkan ia diterima baik oleh masyarakat pelbagai kaum sebagai pencuci mulut.
"Selain nasi lemak dan teh tarik, rasanya cendol juga antara yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Macam Cendol Kampung Hulu, ada keistimewaan tersendiri, ia membuatkan ramai orang mahu mencubanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cendol
#perpaduan
#Hari Malaysia
#makanan selesa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan