CEREKA merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada bacaan digital – menawarkan akses kepada novel, buku, cerpen dan certot (cerita kontot) melaluinya.
Hari ini, Cereka menyambut ulang-tahun pertamanya, sekali gus turut berkongsi sejumlah statistik berkaitan perkhidmatan berkenaan.
Cereka kini mempunyai hampir 12,000 pengguna aktif, dan mempunyai masa bacaan purata sekitar 40 minit setiap hari oleh penggunanya.
Ini sekali gus memperlihatkan ramai yang mengakses bahan bacaan secara digital.
Melalui Cereka, ia mempunyai penawaran lebih 250 buah novel dan buku, ratusan cerpen, dan sekitar lebih 500 certot melaluinya.
Akses kepada cerpen dan certot diberikan secara percuma, sementara untuk mengakses novel dan buku pula, ia ditawarkan pada harga langganan RM4.90 sebulan untuk akses tanpa had.
Pada perkongsian pencapaian setahun, Cereka turut berkongsi mereka telah berkongsi sebanyak RM38,700 bersama sejumlah penulis pada platform mereka.
Angka ini difahamkan adalah tidak termasuk angka pelesenan novel dan buku yang turut ditawarkan melalui platform berkenaan.
Bergerak ke hadapan, Cereka menyatakan mempunyai sejumlah perancangan untuk tahun akan datang, termasuk sedang melihat ke arena buku audio dan juga permainan berasaskan kisah penceritaan.
Bagi anda yang meminati bahan bacaan digital, boleh memuat-turun Cereka di Google Play Store dan App Store, dan menggunakannya dalam mengakses pelbagai bahan bacaan tempatan. -Amanz
Amanz
Sun Nov 05 2023
Akses kepada cerpen dan certot diberikan secara percuma, sementara untuk mengakses novel dan buku pula, ia ditawarkan pada harga langganan RM4.90 sebulan untuk akses tanpa had. -Amanz
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Cereka kini setahun
Akses kepada cerpen dan certot diberikan secara percuma, sementara untuk mengakses novel dan buku pula, ia ditawarkan pada harga langganan RM4.90 sebulan untuk akses tanpa had.