KUALA TERENGGANU: Terengganu antara negeri yang membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka bermula hari ini.
Rata-rata murid yang hadir menyuarakan rasa teruja dapat kembali semula ke sekolah untuk menimba ilmu setelah lima bulan menjalani sesi pembelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Bagi murid tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Alia Natasya Idayu Razali, 17, berkata ia merupakan peluang bersemuka dengan guru untuk menuntut ilmu serta bertemu rakan sebaya amat mengujakan.
"Hari ini saya teruja sangat sebab hari pertama sekolah, kan? Saya nak SPM. Dari semalam lagi saya gosok baju, saya gosok awal-awal. Excited sangat.
“Selain itu bagi memastikan keselamatan saya juga mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, bawa sanitizer sendiri," katanya.
Manakala rakannya pula Mohd Nadzmi Mohd Nazri, 17, turut menyatakan perasaan sama.
"Hari ini ialah hari pertama sekolah selepas lima bulan. Saya excitedlah, sangat excited, sebab apa saya nak belajar balik apa yang saya belajar online. Nak kukuhkan lagi.
"Sebab SPM tahun depan dah, bulan tiga lepas tu saya dapat jumpa kawan saya balik dan jumpa mereka face to face, tak sabarlah nak jumpa," kata Mohd Nadzmi.
Sementara itu, kalangan ibu bapa berharap sesi persekolahan akan berjalan lancar dalam norma baru.
Menurut Mohd Nazri Naini, 50, pembukaan kembali sekolah adalah langkah yang produktif dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sepatutnya.
“Setelah lama berada di rumah, anak ini dia lebih kepada banyak leka, dan mungkin masa itu tidak kepada belajar sepenuh masa.
"Jadi sekarang ini, masa lebih baik sebab sekolah bersemuka, maka anak-anak lebih kepada nak belajarlah,” katanya.
Bagi Syamsiah Embung, 50, dengan pembelajaran secara bersemuka ini dapat membantu pelajar untuk lebih fokus apabila dapat belajar secara terus bersama guru.
“Saya sungguh gembiralah sebab sebelum ini cara anak saya belajar kat rumah tak sama seperti di sekolah.
"Apabila di sekolah mereka dapat belajar secara ‘face-to-face’ dengan cikgu, dan cikgu lebih faham dengannya di sekolah berbanding di rumah... kita hanya boleh pantau sahaja,” katanya.
Mengulas berkenaan SOP, Syamsiah berkata sebagai ibu bapa, dia tidak risau dengan situasi di sekolah kerana yakin guru-guru dapat menangani dan memastikan semua pelajar mengikut arahan yang diberikan.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin meninjau perjalanan hari pertama persekolahan bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini.
Sesi persekolahan secara bersemuka di Terengganu yang bermula Ahad melibatkan seramai 35,438 pelajar.
Daripada jumlah itu, seramai 17,193 merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula ialah 4,873 orang dengan 2,166 daripadanya pelajar semester 2 dan baki 2,707 adalah semester 1.
Bagi murid berkeperluan khas (MBK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pula, seramai 2,566 orang manakala prasekolah berjumlah 10,806 murid.
Sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 3 Oktober melibatkan pelajar kumpulan A iaitu Terengganu, Kelantan dan Langkawi di Kedah.
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Sun Oct 03 2021
Radzi ketika meninjau perjalanan hari pertama persekolahan bersemuka di SMK Sultan Sulaiman. -Astro AWANI
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.