awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cerita Bulanan KKD' lapor prestasi kementerian setiap bulan - Fahmi

Bernama
Bernama
12/01/2023
20:04 MYT
'Cerita Bulanan KKD' lapor prestasi kementerian setiap bulan - Fahmi
FAHMI: KKD tekad untuk melaporkan Cerita Bulanan KKD kepada rakyat pada tiap bulan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah memulakan program "Cerita Bulanan KKD" iaitu perkongsian di media sosial mengenai ringkasan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan kementerian itu bagi setiap bulan bermula Disember lepas.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Twitter dan Facebook beliau malam tadi berkata beliau berpegang teguh dengan konsep "Rakyat adalah Majikan" oleh itu, rakyat sebagai majikan wajib tahu perkembangan dan hasil kerja menteri.
"Atas sebab itu, KKD tekad untuk melaporkan Cerita Bulanan KKD kepada rakyat pada tiap bulan. Biarlah rakyat menilai hasil kerja kami," menurut beliau.
Menerusi hantaran itu, beliau turut berkongsi video dan gambar untuk melaporkan tujuh tumpuan utama bagi Disember lepas iaitu siaran percuma Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Pelan Data Perpaduan: Lebih Laju, Lebih Murah, Lebih Data.
Selain itu, langkah KKD menyediakan Internet berkelajuan 800Mbps untuk memudahkan urusan anggota penyelamat bertugas ketika tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, mengaktifkan 471 stesen pemancar komunikasi yang terjejas pasca banjir serta Tabung Bantuan Bencana KKD yang telah menyalurkan RM1 juta kepada mangsa banjir.
Fahmi berkata ini termasuk siasatan segera berkenaan pembocoran data peribadi dan mengadakan libat urus dengan agensi berkaitan, selain menjalinkan kerjasama strategik antara kementerian dan penyedia perkhidmatan media sosial bertujuan membendung kandungan provokatif melibatkan 3R Raja (Royalty), Agama (Religion), Kaum (Race).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cerita Bulanan KKD
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan