Lawatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke beberapa kawasan di Lahad Datu hari ini secara peribadi saya rasa ada maksud tersirat.
Selain melawat penempatan sementara penduduk di kampung yang diserang penceroboh, Menteri Dalam Negeri ini turut menyampaikan salam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada mereka.
Katanya, Najib berpesan supaya penduduk terus bersabar, kuat semangat selain berjanji datang minggu ini untuk melawat mereka.
Saya rasa, kehadiran Hishammuddin sebagai simbol keamanan sepenuhnya di Lahad Datu sudah hampir tercapai.
Selepas dua hari berturut-turut media dibawa melihat situasi Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, selain penduduk sudah mula berpindah ke kediaman masing-masing - apa lagi bukti yang hendak ditayang terhadap status keamanan di sini?
Syukur kalau benar, walau masih ada kawasan yang masih belum boleh masuk, kita harus sentiasa berfikiran positif - sekurang-kurangnya anggota keselamatan sedang berusaha keras memastikan operasi pembersihan berjalan lancar.
Sehari suntuk bersama Hishammuddin, melihat wajah ceria dan yakin anak Perdana Menteri ketiga negara ini, saya tahu debaran masih ada di dalam hatinya masih ada selagi krisis ini tidak diumum tamat sepenuhnya.
Penduduk yang ditemui di pusat penempatan sementara juga ramai yang sudah mula mengemas pakaian (baju-baju sumbangan). Mereka cakap tidak sabar lagi untuk pulang, mengemas rumah dan menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya tinggalkan Hishammuddin, penduduk kampung di penempatan sementara dan anggota keselamatan ketika melihat mereka bermesra sesama mereka - biarlah Pak Menteri berbual dan masyarakat boleh bergambar kenangan dengannya.
Petang itu, saya sempat berbual-bual dengan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, cerita-cerita biasa mengenai kehidupan dan menemaninya melayari internet.
Seperti biasa juga, petang itu sidang media harian diberi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dimulakan agak lewat - semuanya biasa juga.
Luar biasanya hari ini, pendedahan kepada usaha menjejak seorang lelaki yang digelar Datuk Seri Mohd. Ridzwan Sulaiman yang dipercayai dapat membantu siasatan pihak keselamatan.
Saya yakin, kecekapan anggota keselamatan kita mencari dalang pencerobohan akan terbukti dalam masa singkat sekali gus menamatkan plot krisis pencerobohan ini.
Tempoh singkat itu walau subjektif namun seperti saya tulis awal tadi - kita kena sentiasa berfikiran positif.
Datuk Tan (Datuk T) yang saya temui tadi sebenarnya sedang melihat tiket kapal terbang untuk ditempah.
Katanya mahu membawa keluarga berjalan-jalan ke beberapa destinasi menarik dan bersejarah di China.
Selepas muka individu yang dikehendaki, Datuk Seri Ridzwan Sulaiman (Datuk R S) dipapar hari ini, rasanya Datuk T terpaksa menangguhkan lagi tarikh percutiannya.
Selagi 'R S' tidak ditangkap, 'T' pasti tidak boleh cuti.
Wan Syamsul Amly
Sun Mar 31 2013
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
Ahmad Zahid tidak mampu beri penaungan politik - Penganalisis
Situasi lebih berpihak kepada kumpulan yang berada dalam kerajaan termasuk untuk menarik sokongan ahli-ahli UMNO.
Cerita Datuk R S dan T
Lawatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke beberapa kawasan di Lahad Datu hari ini secara peribadi saya rasa ada maksud tersirat.