Cerita pembangkang berbalah hal 'bilik' dibawa ke media sosial

Kohilah Sekaran
Julai 7, 2015 09:08 MYT
Perebutan bilik bagi mesyuarat pertemuan anggota parlimen daripada kedua-dua parti, berhubung kontroversi firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya telah dibawa ke laman sosial oleh beberapa ahli Parlimen, hari ini.
Perebutan bilik bagi mesyuarat pertemuan anggota parlimen daripada kedua-dua parti, berhubung kontroversi firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibawa ke laman sosial oleh beberapa ahli Parlimen, hari ini.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmil Fadzil pada mulanya berkata bahawa mereka dihalang masuk ke bilik mesyuarat kerana tempahan bilik tersebut telah dibatalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Fakta: 9pg semlm permohonan bilik taklimat Ketua Whip KEADILAN diluluskan. 3ptg semlm, booking batal krn Felo Perdana Kem Belia nak guna.

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kemudian menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa mana-mana kementerian tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan tempahan bilik di Parlimen.

Pengurusan bilik di Parlimen bawah Parlimen. Mana2 Kementerian tiada hak membatalkan 'tempahan'. https://t.co/hyvaP3kLR3

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bukan sahaja itu, Fahmil Fadzil kemudian memuat naik sebuah video dengan menulis “Bilik Taklimat yang sudah ditempah Felo Perdana Kementerian Belia & Sukan. Kosong, berkunci, tiada aktiviti.”

Bilik Taklimat yg sudah ditempah Felo Perdana Kementerian Belia & Sukan. Kosong, berkunci, tiada aktiviti. @Khairykj pic.twitter.com/PHQPaUarPB

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

If the KBS Perdana Fellows not Parliament today, then who lied to KEADILAN Chief Whip abt booking? @khairykj pls clear this with Shahidan.

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Cerita tersebut tidak tamat di situ. Perbalahan itu pula dibalas oleh Menteri Belia dan Sukan yang meminta Fahmil untuk mendapatkan penjelasan daripada Parlimen, dan bukannya mereka.

You should clear it with Parliament. Not us. @PerdanaFellows not using Parliament rooms today. Never planned to. https://t.co/ihLBAQlTfo

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Khairy, Felo Perdana tidak menggunakan bilik Parlimen hari ini dan mereka juga tidak merancang untuk menggunakannya.
Malah, beliau turut menjelaskan bahawa Felo Perdana kini sedang menjalani orientasi di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras dalam satu kenyataan Twitter.

Our @PerdanaFellows at their orientation today at the International Youth Centre, Cheras. https://t.co/CpzjZt44hp

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Isu tersebut menjadi lebih hangat apabila turut dicampuri oleh pihak ketiga seperti Zarakahan, Ong Kian Ming dan Saifuddin Abdullah.
Ahli Parlimen Serdang turut menyoal pegawai khas Khairy, Zarakahan dan bekas ahli parlimen Temerloh, Saifuddin Abdullah jika kenyataan tempahan itu digunakan sebagai satu alasan oleh pihak Parlimen untuk menghalang mereka memasuki bilik tersebut.

@zarakahan I was told by a guard that the bilik taklimat was being used by KBS. An excuse by parliament admin? @saifuddinabd @fahmi_fadzil

— Ong Kian Ming (@imokman) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Saifuddin dan Zarakahan turut membalas kenyataan tersebut dengan meminta mereka mendapatkan penjelasan daripada pihak Parlimen.

@imokman @zarakahan @fahmi_fadzil YB. Already clarified tht Perdana Fellows not using it. Pls ask Parliament admin. Await their reply.

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@imokman obvs I don't know YB, I don't work in Parli. It could be a slip up. Try bringing this info to them. @saifuddinabd @fahmi_fadzil

— Kapten Kahan (@zarakahan) July 7, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, kumpulan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan perhimpunan di padang kawad bangunan Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana dihalang memasuki bilik mesyuarat oleh pihak Parlimen.
Perhimpunan tersebut dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah dan turut disertai Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
#1MDB #Fahmi Fadzil #Khairy Jamaluddin #mesyuarat #Parlimen #Saifuddin Abdullah