BELIAU amat teliti. Menghormati. Penyabar.
Beliau duduk bersama orang yang diwawancaranya dengan buku nota terbuka, bertanya soalan, mengajukan perlahan-lahan tetapi tertib, meneroka, dengan amat terperinci, hal-hal peribadi dan intim.
Beliau tidak menggunakan pita rakaman. Sebaliknya, beliau mencatat semua perkara dengan tangan tanpa meringkaskannya.
Ia amat meletihkan. Ayat-ayat penuh.
Beliau mahu mendengar segalanya - kisah-kisah hidup dari sejak tempoh waktu yang ditelan zaman, merentasi kota dan negeri, dengan terperinci mengenai bapa yang menyeleweng bersama pelbagai keluarga dan datuk nenek pendatang, hinggalah buku notanya penuh.
Terdapat banyak sisi Sir Vidia Naipaul (nama penuh: Vidiadhar Surajprasad Naipaul).
Ada yang berupa seorang kolonial remeh dari Trinidad, mencari rezeki di pinggiran dunia kesusasteraan London: pencerita kisah Empayar yang sedang berundur --- seharusnya menjadi pewaris kepada Conrad; ketua sorak Barat yang takut pada sifat semula jadi manusia yang asal dan purba dan kemudian, lebih lama kemudian menjadi orang tua berbudaya, berpakaian jaket tweed dan berasa dirinya lebih hebat daripada orang lain.
Untuk keseluruhannya itu, penulis perjalanan yang mahu menyembunyikan diri adalah juga merupakan pengumpul cerita-cerita hampir tidak layak untuk disebut.
Sungguhpun begitu, Sir Vidia ini, yang saya jumpa 23 tahun lalu ketika beliau melawat Malaysia untuk membuat penyelidikan bagi sambungan travelog dunia Islamnya: "Among the Believers: An Islamic Journey (Bersama orang Beriman: Suatu Perjalanan Islam)."
Dan orang inilah, atau lebih tepat lagi, cara bekerjanya yang telah memberi kesan mendalam dan lama terhadap bagaimana pendekatan saya terhadap penulisan saya.
Saya tidak menemani beliau di semua wawancara. Saya hanya duduk bersama beliau apabila beliau perlukan seorang penterjemah. Bagi mereka yang bertutur Inggeris, beliau boleh mengendalikannya sendiri.
Saya akan membiarkan mereka bercakap, kadangkala berjam-jam lamanya, hanya kembali apabila mereka selesai. Ia seperti beliau mahu menyelam ke dalam kehidupan mereka, mengumpul cerita --- warna dan nuansa --- hinggalah VS Naipaul, orang yang menyelam ditarik mendalam dan hampir hilang dek banyak maklumat terperinci.
Bertahun-tahun kemudian ketika saya membaca buku "Finding the Centre, Two Narratives," (Mencari Pusat: Dua Naratif) (esei-esei itu menggariskan cara beliau melakukan penyelidikan dan menulis), saya mula memahami pendekatannya -- putaran kembali yang tidak berkesudahan bagi mendapatkan suatu jenis susunan atau pusat atau kediaman --- adalah merupakan sebahagian mendalam daripada pencariannya bagi mendapatkan kebenaran. Ia juga mendedahkan suatu kejutan lunak, dan ya, malah sikap rendah diri mengenai seseorang yang pada ketika menemuinya telah memperoleh reputasi yang tidak ada tolok bandingnya bagi rasa ketidakselesaan dan memusatkan pada diri sendiri.
Hakikatnya ialah VS Naipaul sukakan orang. Beliau menemukan hiburan melalui kisah-kisah mereka.
Apa yang beliau tidak suka ialah teori kaku kepercayaan, yang berbentuk falsafah dan sistem-sistem agama yang orang lelaki dan perempuan telah bangunkan di sekeliling kehidupan mereka. Perkara itu beliau benci dan dicemuhnya secara keras.
Novel beliau yang paling berjaya ialah mengenai orang, sama ada Mohun Biswas atau Salim, pedagang dari pantai Afrika Timur, yang cuba untuk menampilkan diri mereka -- kebebasan dan kewibawaan mereka --- berdepan dengan sistem-sistem didaktif dan tidak memaafkan ini.
Ketika saya melihat beliau menenun cerita-ceritanya, pemerhatian, tafsiran dan emosi dari sumber sumbernya, saya mula menyedari makna dan kerelevanan terhadap apa yang telah dilakukannya.
Bagi VS Naipaul, pengarangnya, ia adalah suatu yang cukup lurus. Beliau mempunyai suatu tugas - beliau perlu memahami dan kemudian menulis mengenai negeri-negeri Islam bukan Arab ini. Untuk melakukannya, beliau menghimpun cerita-cerita -- naratif yang boleh membantu beliau memeta bumi yang tidak biasa baginya. Tetapi beliau tidak bertanya mengenai keyakinan mereka, mengenai kepercayaan mereka.
Perkara biasa dan perincian kehidupan seharian memberikan beliau suatu teras untuknya membina naratif dan hujahnya. Dalam 'menelan' kehidupan mereka dan 'menghayati cerita-cerita mereka, beliau menyediakan dirinya untuk memahai dunia mereka dari dalam hingga ke luar.
Ketika saya menemui beliau di Kuala Lumpur pada pertengahan 90-an, saya telah memulakan kolum 'Ceritalah' saya. Setelah melihat cara beliau emnangani perkara-perkaranya, saya dapati diri saya melakukan perkara yang sama --- terutama sejak saya juga mula melakukan perjalanan dengan lebih kerap lagi merentasi Asia Tenggara.
Saya jemu mendengar ahli-ahli politik dan orang terkenal. Letih mendengar naratif mereka yang diolah secara berhati-hati. Saya hanya mahu duduk dengan para petani, pekerja kilang dan kerani pejabat. Ia adalah kehidupan mereka yang sebenarnya menarik minat saya, dan keterujaan dengan mendengar yang membawa kolum saya dalam arah yang tegas dari bawah ke atas. Itulah bentuk yang ada sejak itu.
Saya terhutang budi yang besar kepada seorang Pemenang Hadiah Nobel tua yang sukar memberi kerjasama, yang akan berasa benci kepada perkara ini jika orang menyedari bahawa beliau adalah 'lembut' jauh di dalam. Tetapi saya melihat bagaimana teruja -- dan ya, malah dilencong perhatiannya --- ketika beliau mendengar cerita-cerita yang berbeza.
Untuk menjadi adil, bahagian-bahagian mengenai Malaysia dari 'Beyond Belief: Islamic Excursions among the Converted Peoples" (Perjalanan Islam di kalangan Orang yang Bertukar Agama) (buku yang akhirnya beliau tulis berdasarkan pada perjalanan yang saya bantu) adalah caca marba.
Sungguhpun begitu, saya suka untuk berfikir bahawa ia menjadi kelam kabut kerana saya telah mengukuhkan dan menggalakkan keterujaannya pada penceritaannya hingga beliau hilang minat (atau fokus) pada matlamat awalnya untuk mencatat gelombang Islamisasi yang sedang meningkat di peringkat global.
Mungkin pada tahun-tahun mendatang, seperti itulah orang akan menuduh karya saya sebagai hasilan kucar-kacir yang serupa, yang kian menjadi obses terhadap cerita-cerita hingga menjejaskan naratif yang lebih besar?
Tetapi bukankah itu tujuannya?
Karim Raslan
Mon Sep 03 2018
Pada 2001, Naipaul dianugerah Hadiah Nobel Kesusasteraan. Dalam ucapan penganugerahan oleh Horace Engdahl, Naipaul disifatkan sebagai 'penghimpun testimoni'. - Foto Hadiah Nobel
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Ceritalah: Sejarah berulang dengan gunung berapi Taal
Pemandangan ketika Taal meletup dan imej-imej semarak debu yang besar dan menakutkan naik ke arah langit diiringi dengan kilatan guruh dan petir yang disebarkan ke seluruh dunia oleh media sosial.
Ceritalah: Tuntutan China atas Laut China Selatan - ASEAN harus bersatu
Pada tahun 2016, pemimpin-pemimpin dunia memandang Beijing dan beliau sebagai suatu hab alternatif - bagi suatu pendekatan terhadap ekonomi dan politik global yang berprinsip dan seimbang.
Ceritalah ASEAN - Joko Anwar: Cemerlang atas usaha sendiri
Tarikannya dan citra jenakanya menyembunyikan suatu minda yang amat bekerja keras dan berfokus.
Ceritalah - Perang dadah Duterte: Rakyat suram sambut Krismas
Kerana enggan kekal diam dan menerima takdir berdarah anaknya, Normita terpaksa meninggalkan rumahnya dan sekarang tinggal bersama seorang sanak saudaranya di bahagian lain bandar itu.
Ceritalah ASEAN - Aung San Suu Kyi: Lannister atau Stark?
Aung San Suu Kyi dari Myanmar - anak seorang jeneral, mengetuai sebuah negara amat rapuh telah menjadi musuh Tatmadaw (tentera) untuk menjadi apologis atau, lebih teruk lagi, pemudah mereka.
Ceritalah ASEAN - Plastik: Patut dikekalkan atau dihapuskan?
Gabungan pendapatan dari 50 firma petrokimia teratas dalam tahun 2018 adalah ASD926.8 bilion, jauh melebihi industri penapisan berjumlah ASD400 bilion.
Ceritalah Indonesia - Jawa: Mengenai bahasa dan perpaduan
Secara berasingan, kesemua tujuh presiden Indonesia mempunyai darah Jawa - termasuk BJ Habibie kelahiran Sulawesi yang baru meninggal. BJ Habibie adalah separuh Jawa.
Ceritalah - Enam hari di laut: Suatu pelayaran di atas Nggapulu
Dari saat para penumpang menaiki feri lapan tingkat itu, Nggapulu menjadi suatu mikrokosmo republik itu sendiri.
Ceritalah Indonesia - Anak muda memberontak: Apa mereka mahu?
Antara 23 dan 30 September, Hamzah adalah salah seorang daripada ribuan pelajar yang membuat bantahan di luar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menghidupkan semula ingatan pada waktu Reformasi.
Ceritalah: Gelombang kemasukan pelancong India ke Asia Tenggara
Sementara ekonomi India mungkin menghadapi kemerosotannya sendiri, pelancong dari gergasi Asia Selatan itu menjadi kuasa yang semakin perlu diiktiraf di rantau Asia Tenggara.