MALAYSIA adalah sebuah negara muda. Usia purata ialah 28 (menurut Jabatan Statistik). Pun begitu Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menterinya semula pada usia 92 (beliau akan mencecah 93 pada 10 Julai ini) - lebih tua tiga kali ganda daripada purata rakyat Malaysia.

Memandangkan jurang yang besar itu, bagaimanakah doktor yang baik itu mengekalkan kerelevanannya - jika tidak pun mengujakan - kepada orang muda Malaysia?

Bagaimanakah beliau berjaya sedangkan ahli-ahli politik yang lebih muda, baik dari gabungannya, Pakatan Harapan (PH), mahupun bekas rakan seperjuangannya dalam Barisan Nasional (BN), gagal?

Kesukaan orang sekarang terhadap perkara-perkara lama mungkin mempunyai kaitan dengannya.

Orang Malaysia semuda 30-an masih ingat - walaupun dari sudut pandangan yang indah - penghujung tempoh beliau semasa menjadi perdana menteri untuk kali pertama (1982-2003) dan pencapaiannya.

Mempelopori projek-projek infrastruktur seperti Jambatan Pulau Pinang, Lebuh Raya Utara Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bersama perindustrian pesat negara akan selamanya dikaitkan dengan Dr Mahathir.

Pada waktu sama, suatu kenangan indah yang meningkat untuk keadaan penuh pasti pada zaman transformasi beliau ketika menyandang jawatan, bergabung dengan suatu kelupaan terhadap kegagalan institusi secara bersistem pada zaman itu telah memberi kelebihan pada beliau.

Di Indonesia, perkembangan yang serupa telah dinamakan 'SARS' (Sindrom Amat Rindu Suharto).

Lagipun, Dr Mahathir tidak mengelak daripada mengajak dan secara terbuka mengaitkan dirinya dengan ahli-ahli politik muda.

Keadaan ini dalam banyak sudut mengulangi cara mana beliau disediakan -- sebagai seorang ahli politik baharu UMNO yang muda --- oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang dihormati.

Ahli Parlimen yang masih muda ini menolak tawaran biasiswa untuk mengambil Masters di Universiti Oxford dan sebaliknya memilih untuk mengabdikan diri kepada negara. Joe Kit Yong/Ceritalah

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seorang berusia 25 tahun yang tinggi, berwajah kacak, bijak bicara telah menjadi bahagian penting "strategi muda" Dr Mahathir. Sejak beberapa tahun lalu, orang baharu kelahiran Johor ini telah menjadi pembantu rapat berpanjangan pada Dr Mahathir.

Lahir kepada keluarga kelas menengah, Saddiq mula muncul di khalayak umum sebagai juara debat --- yang kemudian melagakan kumpulan-kumpulan yang bersembang dengan menolak UMNO dan menyertai serpihannya, Bersatu yang merupakan sebahagian daripada PH.

Dalam proses itu, beliau menolak peluang bagi suatu biasiswa Sarjana di Oxford untuk bertanding di kerusi parlimen Muar, Johor. Pada suatu masa dahulu disifatkan sbagai kubu UMNO, Saddiq memenangi kawasan itu dengan majoriti besar 6,953 undi.

Tetapi peranannya lebih mendalam daripada itu. Saddiq membantu negarawan tua itu supaya lebih dapat menghubungi dan dihubungi. Kebanyakan ahli politik seumpama itu menghadapi cabaran seperti itu meletaklan dirinya dikelilingi dengan sekumpulan wajah muda --- tetapi pada asasnya tidak dikenali.

Melalui regu Dr M--Syed Saddiq, tokoh berusia 90-an itu menampilkan suatu hubungan khusus -- kalau tidak kebergantungan pun -- sesuatu yang bagi khalayak milenial menggabungkan idea ketulenan dan kewibawaan akan dapat menyaksikannya --- dengan serta-merta.

Ketua Pemuda Bersatu, Saddiq adalah yang paling kelihatan bersebelahan atau di belakang Dr Mahathir, sama ada dalam persidangan akhbar atau penyiaran media sosial.

Untuk berlaku adil, Saddiq adalah lebih daripada hanya berwajah kacak (atau penghias) seperti mana sebahagian daripada penentangnya kata.

Lebih daripada 987,000 pengikut Instagram (dan terus meningkat), beliau juga mengendalikan sesi soalan Siaran Langsung Facebook para pemimpin ketika itu pembangkang yang memaparkan sumbangan dari orang muda Malaysia, dari semua lapisan masyarakat.

Saddiq juga membawa kepada pengetahuan umum mengenai keadaan pekerjaan yang sukar dihadapi oleh 400,000 orang Johor yang bekerja di Singapura setiap hari untuk menyara hidup melalui pengalaman bapanya sendiri.

Dalam satu video yang menyayat hati (yang menghasilkan lebih 871,000 tontonan di halaman Facebooknya saja), bapanya menceritakan pengorbanan yang dilakukannya untuk kesenangan keluarganya termasuk bekerja 17 jam sehari.

 Pada usia 25 tahun, Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan yang baru, merupakan anggota Kabinet yang paling muda. --fotoBERNAMA

Hubungan baik antara Mahathir dan Saddiq adalah jelas. Dalam satu video YouTube selama 29 minit pada awal tahun ini kedua-duanya berbincang mengenai bagaimana orang Malaysia muda boleh mendapatkan manfaat daripada pembelajaran bahasa Inggeris. Pada satu ketika, Saddiq secara bersloroh memanggil Dr Mahathir "cikgu Mahathir" --- sesuatu yang tidak ramai berani melakukannya.

Saddiq sedang meningkat. Jawatan kabinet adalah hampir satu kepastian --- menjadikan beliau salah seorang daripada menteri Malaysia paling muda.

Walaupun begitu, adalah masih terlalu awal untuk menobatkan beliau sebagai salah seorang yang berpotensi untuk menjadi "pewaris" atau "pengganti" Mahathir -- sesiapa yang mengetahui sejarah politik Malaysia tahu padah yang dibawa oleh penobatan seperti itu.

Bolehkah beliau dapat terus berjaya menghadapi realiti berada dalam kerajaan? Adakah tarikan besar beliau sudah mencukupi? Memandangkan kehidupan awam yang cepat berubah dan kelajuan kitaran media sosial, adakah detik-detik ini dapat berkekalan?

Saddiq juga perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kematangan dan kecekapan berpolitik untuk berjaya melangkaui pentadbiran Mahathir.

Tambahan pula, walaupun penghormatan mereka kepada beliau, wujud perbezaan sebenar antara Mahathir dan orang Malaysia muda, bukan hanya mengenai isu-isu asas seperti kebebasan awam dan tata sosial, tetapi juga perkara besar seperti ekonomi Malaysia.

Semasa kempen itu, komen-komen kontroversi Mahathir mengenai siswazah muda hendak menjadi pemandu Uber atau penjual nasi lemak -- yang sebenarnya mengenepikan keseluruhan "ekonomi gig" --- telah menyinggung perasaan sebenar sebahagian sektor masyarakat.

Maka Saddiq akan dicabar untuk menghubungi jurang seumpama itu ketika mana ia timbul. Namun begitu: bolehkah beliau? Adakah beliau akan melakukannya?

Apapun halnya --- dengarlah dari seorang yang telah melihat generasi-generasi politik dari seluruh Asia Tenggara, yang datang dan pergi --- perhatikanlah anak muda ini.