SEPASANG cermin mata disaluti emas milik Mahatma Gandhi berjaya dijual dengan harga 260,000 pound (RM1.4 juta), sekali gus mengejutkan pemiliknya yang tidak menyangka ia mempunyai nilai begitu tinggi.
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England, tiga minggu lalu.
"Kami menemui sampul itu dalam peti surat. Mengikut maklumat yang diperoleh, individu itu mendapat cermin mata berkenaan daripada bapa saudaranya," tulis agensi East Bristol Auctions di Instagram.
Bapa saudara individu berkenaan bekerja dengan syarikat petroleum Britain di Afrika Selatan, di mana Gandhi pernah menghabiskan masa bertahun-tahun sebelum kembali ke India untuk melancarkan gerakan memperjuangkan kebebasan.
Gandhi diketahui sering memberikan barangan yang tidak digunakannya kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.
"Individu itu beritahu saya, jika tiada pembida, buang sahaja. Malah ketika dicadangkan harga asal 15,000 pound, dia sangat terkejut.
"Kami tumpang gembira kerana dia berjaya menjual cermin mata itu dengan harga yang sangat tinggi.
"Dia seorang lelaki yang sudah berusia dan mungkin melalui saat-saat sukar dalam tempoh beberapa bulan ini. Harapnya wang hasil jualan dapat membantunya," kata jurucakap, Andy Stowe, kepada The Hindustan Times.
Identiti pembeli tidak didedahkan, namun cermin mata itu kini dikhabarkan menjadi milik seorang lelaki dari Amerika Syarikat.
Astro Awani
Sun Aug 23 2020
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England. - Foto Instagram/East Bristol Auctions
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung tanpa pakaian di tebing Sungai Baron, Sarikei hari ini.
[TERKINI] Pengumuman pengapungan subsidi diesel
Mohamed Khaled tiba di Turkiye, mulakan lawatan kerja lima hari
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Ankara hari ini untuk lawatan kerja rasmi selama lima hari di Turkiye.
Pendidikan di SJKC: Ruang dan peluang menguasai bahasa dan budaya lain
Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) bukan satu beban kepada sistem pendidikan negara malah dilihat sebagai ruang dan peluang bagi anak-anak menguasai bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa ibunda mereka.
Penempatan Bajau Laut, terserah kepada kerajaan negeri
Cadangan penempatan masyarakat Bajau Laut yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, Datuk Seri Shafie Apdal berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri.
Jangan nafikan kepentingan mempelajari bahasa dan budaya lain
Sementara itu, Dr Anuar Ahmad turut menekankan keperluan utama masyarakat untuk sentiasa mengutamakan dan mendalami serta menghargai bahasa kebangsaan. Namun mereka juga tidak boleh sama sekali menafikan serta menolak kepentingan mempelajari dan mendalami bahasa dan budaya asing.
Propaganda anti Kim Jong Un disiarkan guna pembesar suara
Korea Selatan mula siarkan propaganda anti Kim Jong Un bermula pada Ahad sebagai tindak balas kepada belon sampah yang masuk ke sempadannya.
[TERKINI] Harga diesel RM3.35 bermula tengah malam 10 Jun
Ikuti pengumuman berkenaan dengan pengapungan subsidi diesel oleh Menteri Kewangan II, Amir Hamzah.
Tindakan roboh demi keselamatan penduduk setempat - Shafie
Tindakan penguatkuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Semporna disifatkan sebagai satu tindakan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan penduduk setempat.
Mahasiswa UMS akan diberi taklimat bersama JANS
Kesemua mahasiswa UMS yang terlibat di dalam perhimpunan Kami Mahu Air yang dijadualkan pada 14 Jun ini akan dipanggil oleh unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS bagi sesi taklimat mengenai situasi air di universiti tersebut.
Cermin mata milik Mahathma Gandhi dijual pada harga RM1.4 juta
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England.