Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Disember 2025.
Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam yang dilancarkan hari ini bakal menjadi pemangkin utama dalam mengukuhkan tadbir urus berasaskan prestasi di seluruh sistem penyampaian kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan Bukit, Kajang pada Khamis.
Kerajaan Terengganu telah memulakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan dan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mencari penyelesaian terbaik isu tanah Felda di negeri itu.
Polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 20-an dan 40-an yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah Kota Bharu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu.
Seorang wanita warga emas yang buta terpaksa merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anaknya.
Jabatan Peguam Negara mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan siasatan berhubung kematian M Manisegaran.
Kerajaan akan terus memantau golongan suami yang culas membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun depan sebagai langkah mengurangkan beban syarikat kecil dan sederhana (PKS).
Dua individu termasuk seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan dituduh di mahkamah Isnin ini berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.
Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan positif setakat 9 malam ini apabila jumlah mangsa di Perak dan Selangor terus mencatatkan penurunan, manakala Pahang kekal tidak berubah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


