awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
01/06/2021
16:58 MYT
Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, pihaknya juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada kerajaan China atas pencerobohan 16 pesawat milik tentera udara negara itu ke dalam ruang udara Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
“Kementerian ini juga akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China ini.
BACA: TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia
BACA: Masuki ruang udara Zon Maritim Malaysia: 'Hanya latihan penerbangan biasa' - Kedutaan Besar China
“Di samping itu, saya juga akan menyampaikan kegusaran serius Malaysia mengenai perkara ini kepada rakan sejawat saya di China.
“Pendirian Malaysia sangat jelas iaitu mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara. Tetapi tidak sekali kali bermaksud bahawa kita akan kompromi tentang keselamatan negara kita. Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” ujar Hishammuddin dalam kenyataan malam ini.
[TERKINI] 16 Pesawat Tentera Udara China ceroboh ruang udara Malaysia
Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, pesawat mencurigakan itu telah memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada pagi Isnin.
Namun, Kedutaan Besar China di Malaysia mendakwa tindakan 16 buah pesawat tentera republik itu memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia adalah sebagai latihan penerbangan biasa dan tidak menyasarkan mana-mana negara.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#TUDM
#China
#Kota Kinabalu
#pesawat
#Kementerian Luar
#penerbangan
#Malaysia
#penerbangan Malaysia
#Diplomatic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan