awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ChatGPT kini boleh sunting, ubah suai imej DALL.E

Amanz
Amanz
04/04/2024
06:50 MYT
ChatGPT kini boleh sunting, ubah suai imej DALL.E
OpenAI membenarkan pengguna menyunting imej DALL.E terus dari dalam ruang sembang ChatGPT. -Gambar fail/ETX
DUA minggu lepas, Microsoft mula menguji ciri Copilot Designer baharu terus terbina di dalam Microsoft Edge.
Ia membenarkan pengguna menyunting imej yang telah dijana dengan lebih mudah.
Kini OpenAI pula melakukan perkara sama di mana pengguna boleh menyunting imej DALL.E terus dari dalam ruang sembang ChatGPT.
Menariknya ciri ini boleh digunakan di web, peranti iOS dan juga Android.
You can now edit DALL·E images in ChatGPT across web, iOS, and Android. pic.twitter.com/AJvHh5ftKB
— OpenAI (@OpenAI) April 3, 2024
Cara menggunakannya juga mudah. Pertama masukkan prom untuk ChatGPT menjana imej menggunakan DALL.E.
Kemudian pilih satu imej yang telah dijana, tekan ikon berus sedang melukis, tandakan bahagian imej yang ingin disunting atau ubah suai, masukkan prom baharu dan selesai.
Bagaimana untuk mendapatkan akses kepada ciri ini? Buat masa ini ia terhad kepada pelanggan ChatGPT Plus sahaja.
Ciri ini pasti akan memudahkan lagi orang ramai untuk menjana imej yang menarik tanpa perlu disunting dalam Photoshop kerana boleh terus sunting dan ubah suai dalam satu aplikasi yang sama hanya dengan prom ringkas. -Amanz
Topic Berkaitan
#ChatGPT
#OpenAI
#Copilot Designer
#sunting imej
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan