awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chef di Guatemala menghasilkan piza di gunung berapi aktif

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2021
05:14 MYT
Chef di Guatemala menghasilkan piza di gunung berapi aktif
Seorang lelaki di Guatemala menggunakan lahar daripada sebuah gunung berapi aktif. - Foto Instagram/Pizza Pacaya de David Garcia
Terdapat pelbagai cara digunakan chef di seluruh dunia bagi menghasilkan piza yang mereka sifatkan sebagai sempurna.
Ada yang menggunakan ketuhar khas, ada yang menggunakan batu panas.
Namun seorang lelaki di Guatemala menggunakan lahar daripada sebuah gunung berapi aktif bagi memastikan kerak piza yang dihasilkannya ranggup dan enak.
Menurut laporan portal berita France24, David Garcia menggunakan teknik tersebut sejak Gunung Berapi Pacaya mula memuntahkan lahar pada Februari lepas.
Pemilik Pacaya Pizza itu memulakan proses memasak dengan meletakkan doh yang telah diuli ke atas kepingan besi yang mampu bertahan suhu sehingga 100 darjah Celsius.
Selepas itu dia akan meletakkan sos marinara, keju dan daging ke atasnya.
Garcia kemudian akan meletakkan piza itu di atas lahar berkenaan dengan pakaian khas untuk keselamatan.
Keunikan cara masakannya itu menarik perhatian orang ramai sehingga menjadi tarikan pelancong popular di Guatemala.
"Anda tidak akan melihat perkara ini di tempat lain.
"Seorang chef yang memasak di gunung berapi," kata seorang pengunjung ketika ditemui agensi berita AFP.
Menurut laporan France24, Garcia memulakan perniagaan sejak tahun 2013.
Topic Berkaitan
#piza
#gunung berapi
#Gunung Berapi Pacaya
#chef
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan