awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu

Azib Zikry
Azib Zikry
21/06/2024
04:40 MYT
Chef Wan reda kalah saman fitnah, bayar RM150,000 kepada bekas menantu
CHEF WAN: Walaupun saya berusaha membuktikan kebenaran, peguam saya mengatakan cara saya menyerang dia di media sosial adalah salah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan reda dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya.
Ia berhubung penerbitan berunsur fitnah terhadap Gavin Edward O'Luanaigh di platform media sosial, di mana panel hakim membenarkan rayuan bekas suami Serina itu untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi media sosial hari ini, Chef Wan berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.
"Malam tadi saya dimaklumkan oleh peguam saya mengenai berita terbaru ini, selepas rayuan dibuat oleh pihak lawan, selepas beliau tewas di Mahkamah Tinggi tahun lalu.
"Kami telah berjuang selama lebih tiga tahun, jika tidak silap saya, dengan membawa semua saksi. Akhirnya, saya memenangi kes tersebut dan dianugerahkan RM25,000," kata Chef Wan.
Menurutnya, wang ganti rugi yang diterima itu, bersama tambahan RM60,000 daripada duitnya sendiri, telah didermakan sepenuhnya kepada Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia kerana dia tidak memerlukan wang itu.
Pada awal tahun ini, katanya, dia dimaklumkan mengenai rayuan yang dibuat oleh bekas menantunya itu, yang membawa keputusan memihak kepada O'Luanaigh.
"Walaupun saya berusaha membuktikan kebenaran, peguam saya mengatakan cara saya menyerang dia di media sosial adalah salah.
"Jadi, bukanlah cerita saya yang tidak betul. Oleh kerana itu, saya terima keputusan mahkamah itu," katanya.
Chef Wan juga menyatakan keletihannya menghadapi drama keluarga yang berpanjangan, sambil menambah, keputusan mahkamah ini bagaimanapun membolehkan beliau dan keluarganya bergerak ke hadapan.
Beliau turut menekankan bahawa wang tersebut tidak begitu penting baginya dan beliau lebih mengutamakan ketenangan dan kebahagiaan keluarganya.
"Yang baiknya, kami akhirnya berjaya menghilangkan dia dari kehidupan kami dan anak perempuan saya kini lebih bahagia. Alhamdulillah," katanya lagi.
"Duit itu pada saya ibarat setitik di lautan dan esok ada rezeki kita kerja dapatlah balik," ujarnya.
Chef Wan berkata, dia berharap kisah hidupnya ini menjadi pengajaran kepada semua lelaki mengenai tanggungjawab dan kesetiaan kepada seorang isteri.
Sambil bergurau, dia menambah, kisah hidupnya mungkin sesuai dijadikan kisah dalam filem.
"Setuju tak kalau saya katakan sejarah hidup saya yang sebenar ini boleh menjadi sebuah filem yang hebat? Boleh 'balik modal' dan mencipta 'box office'!" katanya.
View this post on Instagram
A post shared by chef wan (@_chefwan58)
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#bekas menantu
#saman fitnah
#Chef Wan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan