awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea lepaskan Pierre-Emerick Aubameyang ke Marseille

Astro Arena
Astro Arena
22/07/2023
02:58 MYT
Chelsea lepaskan Pierre-Emerick Aubameyang ke Marseille
Aubameyang berpengalaman luas dalam Ligue 1 memandangkan pernah mewakili St Etienne selama dua tahun dari 2011 dan 2013 selain tempoh pinjaman dengan Dijon, Lille dan Monaco. - Gambar fail REUTERS
MAURICIO Pochettino meneruskan 'operasi pembersihan' di dalam kem Chelsea dengan penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang, melengkapkan, perpindahannya ke kelab Ligue 1 Perancis, Marseille.
Marseille mengesahkan menandatangani pemain antarabangsa Gabon berusia 34 tahun itu bagi mengakhiri sengsaranya di barat London.
Aubameyang menjaringkan satu gol dalam 15 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk The Blues malah diketepikan daripada oleh pengurus ketika itu, Graham Potter untuk peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL), Februari lalu.
Aubameyang berpengalaman luas dalam Ligue 1 memandangkan pernah mewakili St Etienne selama dua tahun dari 2011 dan 2013 selain tempoh pinjaman dengan Dijon, Lille dan Monaco.
The Gabonese bolt lights up Welcome to #OdysséeMassalia pic.twitter.com/4t1cvO8A2S
— Olympique de Marseille (@OM_English) July 21, 2023
Bekas penyerang Arsenal itu menyertai Chelsea dengan kontrak dua tahun daripada Barcelona, September lalu, menerusi perjanjian yang melibatkan khidmat Marcos Alonso.
Namun, dia bergelut sejak Thomas Tuchel dipecat dan semakin jelas bahawa tempohnya di Stamford Bridge tidak akan lama.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Pierre-Emerick Aubameyang
#Marseille
#jendela perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan