awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Chin Tong perlu nasihat rakan di Selangor soal banjir'

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2022
00:30 MYT
'Chin Tong perlu nasihat rakan di Selangor soal banjir'
Chin Tong sebelum ini mendakwa kerajaan Johor meneruskan budaya berniaga apabila menangani isu banjir dan perubahan iklim. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Johor, Liew Chin Tong sepatutnya menasihati ‘rakannya’ di Selangor berhubung projek tebatan banjir di negeri itu daripada sibuk mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas kepada BN Johor.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, adalah tidak adil apabila menyatakan BN meneruskan ‘budaya berniaga’ apabila menangani isu banjir dan perubahan iklim, sedangkan ia adalah respons pantas BN dalam menangani masalah banjir kilat di Johor.
“Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) telah umumkan pelbagai tindakan seperti menaiktaraf pam air sedia ada, membina pam air baharu, menambah pembinaan ‘wier’ di kawasan hulu, membina tembok penahan banjir manakala kerja pelebaran dan mendalamkan sungai juga dijalankan.
“Maka, tidak adil untuk Chin Tong menuduh kerajaan Johor meneruskan ‘budaya berniaga’ sedangkan tindakan-tindakan yang disebut adalah langkah pantas untuk mengurus situasi mencabar dengan krisis iklim. Ini bukan tindakan ‘budaya berniaga’.
“Daripada mendakwa kerajaan Johor lembap sedangkan fakta sebaliknya, lebih baik dia nasihatkan kawannya di negeri lain seperti kerajaan Selangor yang mana projek tebatan banjir pun diselubungi dakwaan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Chin Tong yang mendakwa kerajaan Johor meneruskan ‘budaya berniaga’ apabila menangani isu banjir dan perubahan iklim.
Pada Ahad, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengarahkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mencari penyelesaian banjir kilat di lokasi tumpuan.
Pada masa sama, beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan meningkatkan persediaan menghadapi musim banjir, termasuk menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat.
Tiga lagi lokasi juga akan ditambah dengan dua unit pam berkapasiti 25kwh setiap satu, iaitu di kawasan Surau Tambatan, Restoran Malay Village dan Jalan Kampung Mohd Amin.
Onn Hafiz juga mengumumkan pembinaan wier di kawasan hulu serta melebarkan dan mendalamkan Sungai Gelang Patah dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Shahril Sufian Hamdan
#Liew Chin Tong
#projek tebatan banjir
#budaya berniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan