PUTRAJAYA: China akan menyumbangkan satu juta dos vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) tambahan kepada Malaysia atas dasar persahabatan yang mendalam antara kedua-dua negara dan sesama rakyat, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan keputusan itu disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi, semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Rabu.
"Sebelum ini, Kerajaan China pada Julai 2021 telah menyumbangkan 500,000 dos vaksin Sinovac untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia," katanya.
Menurut Wisma Putra, Saifuddin merakamkan penghargaan Malaysia kepada Kerajaan China atas sumbangan terbaru ini.
"Malaysia dan China telah bekerjasama sejak tercetus wabak COVID-19," tambahnya.
Kenyataan itu memaklumkan China menunjukkan solidariti dengan Malaysia dengan menyumbangkan bekalan peralatan perubatan seperti topeng pelitup muka, peralatan pelindung diri (PPE) dan ventilator, selain menghantar sepasukan pakar kesihatan dari Guangzhou untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam rawatan pesakit dan pengurusan data.
Sementara itu, Malaysia juga telah menyumbang wang tunai US$1 juta, 18 juta sarung tangan getah dan 15 tan barang makanan ke China semasa wabak mula menular di Wuhan
Kedua-dua Kerajaan telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dalam Pembangunan dan Aksesibiliti Vaksin dan Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama dalam Era Pasca-COVID-19 masing-masing pada 18 November 2020 dan 1 April 2021. Kerajaan China juga telah meletakkan Malaysia dalam senarai keutamaan penerima vaksin buatan China pada Oktober 2020.
"Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama Putrajaya dan Beijing untuk menangani wabak ini secara berkesan, menuju ke pemulihan penuh bagi kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Selain itu, perbualan telefon kedua-dua menteri itu pagi ini bagi memperbaharui hubungan kerja dan persahabatan serta berkongsi dan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa semasa.
Kedua-dua Menteri Luar itu menyatakan komitmen berterusan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Selain mengukuhkan lagi hubung dua hala sedia erat dan memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang, Malaysia dan China akan terus mengembangkan kerjasama dua hala ke bidang baharu, terutama dalam teknologi dan industri baharu, misalnya ekonomi digital dan keselamatan siber, untuk manfaat bersama demi rakyat kedua-dua negara.
Kedua-dua Menteri juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan terkini di Laut China Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021

Keputusan itu disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Menteri Luar China, Wang Yi, semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah pada Rabu. - Gambar fail

Tabika Perpaduan terbuka untuk semua kaum - JPNIN
Bilangan kanak-kanak Melayu yang mendaftar di Tabika Perpaduan jauh lebih tinggi berbanding kaum lain, walaupun ia terbuka kepada semua.

300,000 rakyat Indonesia disasar dapatkan khidmat perubatan di Melaka tahun ini
Daripada keseluruhan 800,000 rakyat Indonesia yang mendapatkan rawatan di Malaysia, lebih 25 peratus adalah di Melaka.

Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.

Piala Asia: Penantian 34 tahun berlarutan, Thailand tewaskan Malaysia 2-0
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia sekadar menutup kempen dengan dua trofi menerusi acara kuadran dan regu.

Dasar luar Malaysia bolehkan negara jalin kerjasama tanpa tekanan - Mohamad
Dasar luar Malaysia yang berasaskan prinsip aman, bebas dan berkecuali serta mesra pelabur membolehkan negara mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa tekanan.

Piala Asia: Malaysia selangkah tamat penantian 34 tahun, jumpa Thailand di final
Malaysia mara ke pentas akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan India 2-0 di separuh akhir di Stadium Titiwangsa hari ini.

Nakbah 77: BDS seru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot
Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Mohd Nazari Ismail menyeru rakyat Malaysia teruskan kempen boikot ke atas syarikat yang didakwa membantu rejim Israel.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia nyata komitmen tiada manipulasi pekerja Bangladesh - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan komitmen Malaysia dalam memastikan tiada manipulasi, eksploitasi atau penipuan pekerjaan terhadap warga Bangladesh di negara ini.

Sepak Takraw Piala Asia: Malaysia muncul juara regu benam Thailand dengan straight set
Segalanya menjadi buat Malaysia apabila memadamkan cabaran musuh ketat, Thailand, dengan straight set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

JAS Pulau Pinang arah 38 kontena plastik tercemar dihantar pulang ke negara asal
Sebanyak 38 kontena yang membawa campuran sisa plastik tercemar seumpama sampah dibawa masuk melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), diarah dihantar pulang ke negara asal.

Malaysia gesa WTO laksana pembaharuan untuk kekal relevan dalam sistem perdagangan global
Malaysia menggesa Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mempertingkatkan peranannya dalam membantu negara membangun dan kurang membangun.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.