awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR saran bakal calon buat semakan awal
Empat ditahan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan
Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China desak Jepun henti lepaskan sisa air nuklear terawat

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2023
01:00 MYT
China desak Jepun henti lepaskan sisa air nuklear terawat
Aktiviti itu dikatakan isu keselamatan nuklear yang menjadi kebimbangan persekitaran marin global, kesihatan awam dan kepentingan awam. - Foto fail/AP
VIENNA: Wakil tetap China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengulangi pendirian negara itu menentang tindakan Jepun melepaskan sisa air nuklear terawat dari loji nuklear Fukushima Daichi ke lautan.
Li Song turut mengulangi desakan supaya Jepun mematuhi sepenuhnya pemantauan antarabangsa yang ketat.
Kenyataan ini dibuat di Mesyuarat Lembaga Pengarah IAEA di Vienna.
Jepun sehingga kini mengabaikan kebimbangan komuniti antarabangsa serta tentangan dari negara-negara jiran dan meneruskan operasi pelepasan sisa air terawat itu.
Namun tegas Li Song, aktiviti itu adalah isu keselamatan nuklear yang menjadi kebimbangan persekitaran marin global, kesihatan awam dan kepentingan awam.
Sehubungan itu China menuntut Jepun menamatkan aktiviti itu serta merta.
Li Song turut mendedahkan aktiviti yang tidak pernah dilakukan ini sebenarnya membawa lebih banyak ketidaktentuan.
Ini termasuk kesan jangka panjang daripada pelepasan sisa air terawat dalam jumlah yang tinggi.
China sejak awal mempertahankan keperluan untuk melaksanakan pemantauan ketat pelan Jepun ini.
Beliau juga mendesak anggota IAEA untuk memperbaiki mekanisme pemantauan dan melaksanakan pemeriksaan berkala.
Topic Berkaitan
#IAEA
#sisa air nuklear terawat
#Fukushima Daichi
#Li Song
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan