PUTRAJAYA: China mengharapkan Malaysia mempunyai dasar yang dapat menyokong pelaburannya ke negara ini, termasuk dalam beberapa bidang baharu seperti tenaga diperbaharu, semikonduktor dan ekonomi digital, kata Presiden Xi Jinping.
Pemimpin China itu, menyuarakan perkara berkenaan ketika bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam acara bersejarah di Great Hall of the People di Beijing pada Jumaat.
Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke China.
Xi turut menekankan mengenai paradigma baharu pembangunan China dengan tumpuan kepada pembukaan serta pembangunan dan kerjasama berkualiti.
"Semua ini akan membuka peluang baharu untuk kerjasama yang lebih besar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan," menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra).
Dalam pertemuan itu, Anwar turut mengesahkan mengenai kekukuhan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara yang menyaksikan angka dagangan yang semakin berkembang dengan projek utama di bawah inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti Laluan Rel Pantai Timur serta Two Countries, Twin Parks di Kuantan dan Qinzhou.
Beliau mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dan kerjasama dari China dalam sektor baharu muncul termasuk ekonomi digital, pemodenan pertanian dan perdagangan pertanian dan tenaga boleh baharu, serta menggalakkan penglibatan China dalam Automotive High-Tech Valley (AHTV) selain menyatakan kesediaan Malaysia untuk mengeksport lebih banyak ke China, termasuk dalam sektor komoditi pertanian.
Anwar turut menyambut baik penubuhan kampus cawangan pertama Universiti Tsinghua Beijing di Malaysia dan berharap dapat menjalin kerjasama konkrit dalam bidang TVET dan meningkatkan bilangan pelajar dari China di Malaysia.
Mengenai isu Myanmar, kedua-dua pemimpin turut berkongsi kebimbangan mengenai situasi yang sedang berlaku di negara ini.
Xi berkata China menyokong usaha yang diterajui ASEAN untuk menangani situasi di Myanmar termasuk usaha untuk membantu merungkai masalah Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.
Dalam pertemuan itu, Anwar dan Xi turut sepakat untuk membina asas yang kukuh dengan memanfaatkan ulang tahun ke-10 jalinan Perkongsian Strategik Komprehensif tahun ini dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun depan.
"Untuk itu, Presiden Xi menyuarakan sokongannya terhadap konsep Malaysia Madani Kerajaan Perpaduan Malaysia.
"Perdana Menteri turut menyokong prinsip dan nilai inisiatif global Presiden Xi Jinping dan visi komuniti berkongsi nasib termasuk cadangan untuk Malaysia-China Community for a Shared Future," menurut kenyataan itu.
Anwar turut menyampaikan jemputan kepada Xi untuk mengadakan lawatan negara ke Malaysia.
Pertemuan diakhiri dengan kedua-dua pemimpin sepakat untuk menggalakkan lebih banyak dialog dan interaksi di semua peringkat dalam meningkatkan lagi hubungan dua hala dan menangani cabaran bersama di peringkat serantau dan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Pemimpin China itu menyuarakan perkara berkenaan ketika bertemu Anwar Ibrahim dalam acara bersejarah di Great Hall of the People di Beijing pada Jumaat. - Bernama
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.
Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.
Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
BRICS 2024: Xi, Putin bertemu di Kazan
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin.
Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia
Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.