awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang

Bernama
Bernama
13/06/2024
10:30 MYT
Chow jumpa Anwar esok bincang Projek Air Perak-Pulau Pinang
Chow menjawab pertanyaan media selepas majlis Mydin and Ray Go Solar-Green Energy di pasaraya Mydin Bertam hari ini. - Foto Bernama
KEPALA BATAS: Ketua Menteri Chow Kon Yeow akan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan Projek Air Perak-Pulau Pinang selepas Mesyuarat Majlis Berkaitan Perubahan Iklim di Putrajaya, esok.
Chow berkata beliau telah menerima jemputan Anwar yang juga Menteri Kewangan bagi menghadiri perbincangan itu, yang dipercayai akan memuktamadkan beberapa perkara berhubung projek berkenaan.
"Hasrat kita persetujuan dapat dicapai secepat mungkin bagi memulakan pelaksanaan projek kerana ia ambil masa lima hingga enam tahun sebelum bekalan air sampai ke pengguna.
"Mengambil kira pembangunan industri dan lain-lain aktiviti amat rancak di Pulau Pinang, maka projek ini sudah menjadi satu projek paling tinggi keutamaan bukan sahaja Pulau Pinang tetapi negara kita kerana negeri ini pengeluar utama semikonduktor (semiconductor power house), memerlukan pembekalan tenaga dan air bagi menampung kemasukan pelaburan (ke Pulau Pinang)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan dan Pelancaran Sistem Solar Fotovoltaik kepada Pasar Raya Mydin Bertam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, di sini hari ini.
Pada 5 Mei lepas, Anwar memaklumkan Perak telah bersetuju untuk membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai dan perkara itu mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Penyaluran bekalan air bagi fasa pertama projek tersebut akan sampai ke Seberang Perai termasuk Nibong Tebal dan Sungai Bakap, dekat sini.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memastikan projek tersebut, yang akan turut meningkatkan bekalan air di utara Perak khususnya untuk pelaksanaan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian, diberi keutamaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Anwar Ibrahim
#Projek Air Perak-Pulau Pinang
#adakan perbincangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan