awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chrome kini kesan URL laman web berbahaya secara masa nyata

Amanz
Amanz
15/03/2024
08:44 MYT
Chrome kini kesan URL laman web berbahaya secara masa nyata
Jika ia didapati berbahaya, amaran akan diberikan kepada pengguna dan URL akan dihalang. -Amanz
SABAN hari ada sahaja laporan kes penipuan di mana maklumat perbankan dikutip menerusi laman web palsu dengan rekaan laman web sebenar.
Proses mengenal pasti laman web palsu ini semakin sukar kerana skrin peranti yang kecil dan kita kini jarang sekali melihat URL dengan teliti.
Menyedari hakikat ini, Google Chrome memperkenalkan ciri keselamatan baharu yang menghalang laman web berbahaya secara masa nyata.
Ciri Google Safe Browsing pada Chrome sudah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu dengan ia memantau 10 bilion URL setiap hari.
Tetapi sistem ini mengemas kini senarai laman berbahaya setiap 30-60 minit. Dalam tempoh masa ini, pasti ada laman web penipuan yang terlepas daripada senarai dan bersedia menari mangsa.
Kini Google Safe Browsing dipertingkatkan dengan pemantauan secara masa nyata (real time) yang lebih selamat.
Chrome akan melihat senarai laman yang sudah disahkan sebelum ini pada peranti pemilik.
Apabila mengesan URL baharu yang tidak dikenali, ia akan dibandingkan dengan senarai laman yang selamat pada pangkalan data dalam talian Google.
Jika ia didapati berbahaya, amaran akan diberikan kepada pengguna dan URL akan dihalang.
Ciri Google Safe Browsing masa nyata ini boleh digunakan pada Chrome versi desktop dan iOS. Peranti Android pula akan menerimanya pada bulan depan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Laman web palsu
#google chrome
#Google Safe Browsing
#masa nyata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan