IPOH: Seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh di sini meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.
V. Komathy, 38, yang sudah 14 tahun berkhidmat, menerima pengiktirafan itu pada majlis yang dianjurkan secara maya menerusi laman Facebook dan saluran Youtube rasmi AKS Education Awards pada hari ini.
Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau terkejut apabila menerima pemakluman daripada pihak penganjur mengenai kemenangan itu menerusi emel pada 29 Sept lepas.
"Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara-negara lain.
"Daripada jumlah itu, 500 orang telah disenarai pendek termasuk enam calon rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini.
Komathy merupakan lulusan Sarjana Pendidikan Kimia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.
Beliau telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Antara produk inovasi berkenaan ialah Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0 iaitu produk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.
Beliau turut mencipta satu produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah iaitu Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment yang bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian, iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.
"Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, oleh sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa untuk mempelajari subjek ini," katanya.
Menurutnya anugerah-anugerah yang diterimanya sebelum ini dan The Global Teacher Award 2021 pada hari ini, akan dijadikan sebagai motivasi untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang lebih maju.
Katanya beliau juga akan terus mengorak langkah dalam usaha mencipta pelbagai pembaharuan menerusi subjek Kimia.
Komathy memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Methodist Girls School Ipoh pada 2007 selama enam tahun sebelum bertukar ke SMK Buntong dan dipindahkan ke SMK Ave Maria Convent Ipoh pada Feb lepas.
Beliau telah menghasilkan beberapa karya ilmiah dan pernah membawa pelajar SMK Buntong mewakili negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai acara akademik.
Menurut Komathy anak muridnya menjadi inspirasi kepada beliau untuk berusaha ke arah kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 24 2021
V Komathy, 38, menunjukkan modul mata pelajaran kimia yang membolehkannya merangkul anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021 hari ini. - Foto BERNAMA
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
Siasatan dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Terdapat unsur penyalahgunaan kuasa oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan rasuah, berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi pendakwaan ke-49, yang juga Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin berkata, siasatan mendapati elemen salah guna kuasa itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar Investment PJS (Aabar PJS).
Saksi pendakwaan ke-49, yang juga Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin berkata, siasatan mendapati elemen salah guna kuasa itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar Investment PJS (Aabar PJS).
Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Langgar OKU, pembantu kedai minta dibicarakan
Seorang pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki OKU pada Februari lalu.
DVS Selangor buka kertas siasatan kes bakar kucing
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor membuka kertas siasatan berhubung kes kucing dibakar di Flat Sungai Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang pada 22 April lepas.
Kerajaan setuju LTSIP dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa - PM
Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menambah 400 meter lagi landasan di LTSIP untuk menjadikan ia sebagai lapangan terbang antarabangsa.
10 Berita Pilihan - (02 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Cikgu Komathy menang 'The Global Teacher Award'
Seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh di sini meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.