awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cikgu sekolah memandu didakwa pegang paha pelajar

Sinar Harian
Sinar Harian
01/08/2025
05:15 MYT
Cikgu sekolah memandu didakwa pegang paha pelajar
Chin Leong (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun, bulan lalu.
IPOH: Seorang pengajar institut memandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, bulan lalu.

Ringkasan AI
  • Seorang pengajar institut memandu berusia 60 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di Ipoh pada 7 Julai lalu.
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan syarat tertuduh melapor diri setiap bulan dan tidak mengganggu saksi; kes akan disebut semula pada 12 September.

Tertuduh, Lim Chin Leong, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.
Mengikut pertuduhan, lelaki warga emas itu didakwa telah memegang tangan dan meletakkan tangannya di atas paha mangsa bagi maksud seksual.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah institut memandu di daerah ini sekitar jam 10 pagi pada 7 Julai lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu'aini Khalifah menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 beserta syarat tambahan iaitu tidak mendekati dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Tertuduh yang diwakili peguam R Rajasegaran memohon jaminan minimum diberikan dengan alasan penjamin merupakan anak kandung tertuduh yang tinggal bersama serta bekerja sebagai akauntan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan serta dilarang mengganggu mana-mana saksi.
Kes akan disebut semula pada 12 September ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sekolah memandu
#gangguan seksual
#Remaja perempuan
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan