JAAFAR ONN, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.
Beliaulah penyanyi, beliaulah penari dan mempunyai kumpulan tarian sendiri.
Beliaulah hos dan chef masakan yang terlebih dahulu menjadi rebutan penerbit di kaca televisyen.
Beliau jugalah seorang aktor serba boleh yang pernah mengisi hari-hari penonton pada zaman kegemilangannya; Cikgu Jaafar dalam drama yang membuat namanya terkenal iaitu Cili Padi dan sebagai Bujang dalam sitkom Sambal, Profesor Amin dalam filem XX Ray, Bendahara dalam filem Putera dan terakhir sebagai Tyson dalam naskhah ikonik 18 Puasa Di Kampong Pisang —- semua tanggungjawab yang diberi kepada seorang Jaafar Onn dilunaskan dengan cukup sempurna.
Beliau jugalah yang membuat corak atau fesyen bunga matahari terkenal menerusi banyak penampilannya di khalayak termasuk hiasan dalaman di kediamannya di ibu kota satu masa dulu juga dipenuhi dengan tema bunga matahari.
Dengan fizikal besar tinggi, sesiapa yang mengenali sosok baik hati, suka bergurau, baik menyantuni siapapun (meski anda hanya baru bekerja sebagai wartawan selama dua hari) dan mudah terhibur juga akrab memanggil beliau dengan panggilan Papa Jaafar.
Namun kini semua itu hanya kenangan. Layaknya seperti yang dijanjikan Allah SWT kepada setiap manusia, pemilik nama sebenar Jaafar Onn Awang ini diambil pulang pada usia 72 tahun.
Kepulangan Jaafar ke negeri abadi dicemburui. Perginya pada bulan Ramadan, hanya satu minggu sebelum Aidilfitri menjelma.
Allahyarham dijemput pulang selepas dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) kerana berak berdarah ketika membuang air besar.
Sebelumnya kesihatan Jaafar yang semakin susut sehingga terpaksa duduk di kerusi roda sempat dilaporkan media. Meski keadaan kesihatannya tidak begitu baik, Jaafar tetap menyantuni khalayak dengan ramah dan baik hati.
Mengenang kembali apa yang pernah ditinggalkan Jaafar Onn dalam industri seni tempatan, meski sering menjadi bahan candaan kerana personalitinya yang penuh humor, kita perlu bersetuju dengan satu predikat ini.
Jaafar Onn adalah penghibur sejati. Bakatnya yang pelbagai dikagumi. Sikapnya yang membumi disayangi.
Bagi keluarga dan teman rapat serta kenalan yang pernah muncul dalam babak kehidupan seorang Jaafar Onn pasti akan merinduinya.
Hanya ada seorang Jaafar Onn dalam industri seni yang sepatutnya dihargai lebih daripada sekadar kenangan tetapi juga perlu menerima apresiasi.
Terima kasih Jaafar Onn kerana telah memberi hiburan dan mewarnai kehidupan semua generasi.
Al Fatihah dan semoga roh Jaafar Onn Bin Awang bersemadi dalam kalangan orang beriman.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Wed Apr 03 2024
Bagi keluarga dan teman rapat serta kenalan yang pernah muncul dalam babak kehidupan seorang Jaafar Onn pasti akan merinduinya. - Foto Gempak
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
Duta Palestin ke PBB sambut baik keputusan ireland, Norway, Sepanyol iktiraf negara Palestin
Duta Palestin ke PBB Riyad Mansour menyambut baik keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol pada Rabu untuk mengiktiraf negara Palestin.
Budaya mengkafir sesama Islam boleh datangkan kemusnahan dahsyat - Saifuddin
Perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sewenangnya adalah perbuatan yang salah.
NVIDIA bakal keluar cip AI baharu setiap tahun
Di Malaysia, pusat data AI di Johor adalah antara yang terawal di dunia dilengkapi cip Blackwell.
Badminton Malaysia Masters: Tang Jie-Ee Wei tempah slot awal ke suku akhir
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mudah menyingkirkan lawan dari India untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Malaysia Masters 2024.
Umpama beri hadiah kepada keganasan - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa negara-negara Eropah yang bertindak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara diibarat memberi hadiah kepada keganasan
Ciri pemesejan peribadi Chats diperkenal di Bluesky
Sokongan media, mesej berkumpulan dan beberapa ciri keselamatan akan diperkenalkan pada Chats di masa akan datang.
Shah Rukh Khan dikejarkan ke hospital akibat strok haba
Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan dehidrasi kelmarin.
Penyelam ditemui mati lemas terbelit tali hos oksigen
Sebelum kejadian, dua pekerja terbabit turun ke dasar laut untuk membuat tanda pada besi kapal karam yang ingin dipotong.
Pantau Belanjawan: Unlocking Malaysia's green potential, energy diversity journey
Group CEO and Co-Founder, Plus Xnergy, Ko Chuan Zhen brings forward the discussion on Malaysia's renewable energy landscape to provide a comprehensive understanding of current trends, challenges, and future directions necessary for achieving the country's energy and environmental goals.
Tiada lagi kek buah kukus Jaafar Onn
Pemergian Allahyarham Jaafar Onn sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam, apatah lagi lelaki berusia 72 tahun itu dikenali sebagai seorang yang pemurah.
Jaafar Onn sempat tempah khemah untuk sambut Aidilfitri bersama keluarga
Allahyarham Jaafar tidak lokek membelanjakan wang untuk menjamu ahli keluarganya terutamanya setiap kali menjelang Ramadan.
Jenazah Jaafar Onn dikebumi selepas maghrib
Jenazah Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.
Anwar, Zahid ucap takziah kepada keluarga Jaafar Onn
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penghibur tanah air Jaafar Onn yang meninggal dunia hari ini.
Cili Padi dan bunga matahari, semua generasi ada kenangan dengan Jaafar Onn
Allahyarham Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.
'Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah' - Haiza Hanafi
Allahyarham Jaafar Onn sangat pemurah, rajin berkongsi rezeki serta ilmu sehingga membentuk kerjaya Haiza dalam dunia pengacaraan haiza pada hari ini.
Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat
Anak angkat kepada pelakon, pengacara dan pelawak Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang menjalani prosedur endoskopi pada 11.32 pagi tadi.
Jaafar Onn meninggal dunia
Seniman Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir Hospital Serdang pada usia 73 tahun.
Jaafar Onn imbas kenangan terakhir bersama Rohana Jalil
"Ketika itu dia nak berjalan pun susah, nyanyi pun sambil duduk"
'Dia nampak letih ketika show' - Jaafar Onn terkejut Rohana Jalil kritikal di ICU
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit.