awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir

Bernama
Bernama
30/11/2024
23:00 MYT
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Penduduk kampung mengunakan perahu sebagai alat pengangkutan untuk melakukan aktiviti harian selepas kebanyakan kawasan dinaiki air ekoran banjir yang melanda, di Tumpat, 30 Nov 2024. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd, Malayan Banking Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd telah mengumumkan program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
CIMB dalam satu kenyataan semalam berkata pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro PKS terjejas akibat banjir boleh memohon pelepasan bayaran enam bulan ke atas produk pinjaman dan pembiayaan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka di bawah Pelan Bantuan Banjir CIMB.
"Selain itu, caj dan yuran lewat untuk pelanggan terjejas akan dikecualikan. Pelanggan PKS yang terjejas akibat banjir dan memerlukan bantuan aliran tunai tambahan selain pelepasan bayaran boleh memohon Kemudahan Bantuan Bencana sehingga RM700,000 pada kadar pembiayaan berpatutan," katanya.
CIMB berkata menerusi cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Yayasan CIMB dan CIMB Islamic memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta untuk menyediakan bantuan komuniti untuk mangsa banjir serta sokongan pemulihan selepas banjir.
"Yayasan CIMB akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk mengagihkan RM2.5 juta untuk usaha bantuan banjir di lapangan serta sokongan pemulihan selepas banjir," katanya.
Sementara itu, Maybank berkata bantuan bantuan banjir dilakukannya bertujuan meringankan beban kewangan pelanggannya.
"Ia direka untuk menangani cabaran yang dihadapi mangsa banjir, ia termasuk antaranya ialah penangguhan pembiayaan/pembayaran balik pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik," katanya dalam satu kenyataan.
#MBBPengumuman Maybank Menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada Pelanggan yang Terkesan di Seluruh Negara Bagi membantu mangsa banjir yang terkesan akibat hujan lebat di pelbagai negeri, kami menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan
— Maybank (@MyMaybank) November 30, 2024
Selain itu, Maybank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad mesin juruwang automatik (ATM) atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir.
Cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa telah melaksanakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takafulnya tanpa menggunakan borang atau dokumen sokongan diperlukan.
Dalam pada itu, Affin Bank mengumumkan Program Bantuan Bencana Alam Affin (NDRP) untuk membantu pelanggannya yang terjejas banjir.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Razly Abdullah berkata banjir yang berlaku ketika ini memberi kesan buruk kepada kawasan terjejas dan masyarakat setempat.
"Untuk mengurangkan beban kewangan pelanggan kami pada masa yang mencabar ini, Affin menawarkan bantuan kepada pelanggannya melibatkan pelbagai produk pinjaman dan pembiayaan melalui NDRP.
"Kami terus komited untuk menyokong komuniti, memberikan bantuan tepat pada masanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CSR
#bank
#banjir
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan