JOHOR BAHRU: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri merekodkan lebih 70 juta pergerakan pengembara antara Malaysia dan Singapura sepanjang tahun lepas.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook beliau berkata memandangkan sempadan antarabangsa di Johor antara yang tersibuk di dunia, kerjasama dan bantuan Kerajaan Persekutuan sememangnya penting untuk memastikan operasi seharian di kedua-dua CIQ itu berjalan lancar.
"Untuk makluman, 284 kaunter di CIQ BSI telah memproses kemasukan 22,415,312 orang pengembara, dan 25,276,135 orang (keluar) pada tahun 2022, manakala 169 kaunter di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar pula telah memproses sejumlah 12,022,701 orang (masuk) dan 10,479,880 orang (keluar) bagi tahun yang sama," katanya.
Menurut beliau proses penggabungan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia dan pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS Malaysia Bhd) di CIQ BSI juga sedang giat dijalankan bagi tujuan memendekkan masa berurusan dan memberi keselesaaan kepada pengembara.
Katanya ia termasuk membaiki eskalator utama di CIQ BSI yang sudah lama tidak beroperasi sejak pandemik COVID-19, menambah baik sistem autogate pass serta pendawaian sekeliling CIQ BSI, melaksanakan penggabungan kaunter, serta mengadakan Lorong MBike yang lebih efisyen untuk kemudahan pemandu motosikal.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai pembukaan 20 laluan keluar dan masuk melalui sistem e-gate kepada warga Singapura, yang sebelum ini terhad kepada pemegang pasport rakyat tempatan sahaja.
Selain itu katanya cadangan penubuhan Agensi Tunggal Sempadan (SBA) yang akan mengawal pintu masuk negara termasuk pelabuhan, diyakini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan, kawalan dan pemeriksaaan keluar masuk bagi orang, kenderaan, barangan dan binatang.
"Kerajaan negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran operasi keluar masuk sempadan negara. Ini demi menjamin kesejahteraan rakyat tempatan dan pengembara serta meningkatkan imej Malaysia di mata dunia," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata keperluan untuk menaik taraf laluan pejalan kaki kepada berbumbung turut dibincangkan agar pengembara yang memilih untuk berjalan kaki lebih selesa dan terlindung daripada hujan atau panas terik.
"Ada juga keperluan untuk menambah laluan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) bagi mengurangkan kesesakan motosikal. Ia dilihat mampu menambahbaik situasi trafik di Kompleks CIQ BSI dan KSAB," katanya.
Terdahulu, Onn Hafiz turut mengiringi lawatan kerja Saifuddin Nasution di Kompleks CIQ BSI, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Onn Hafiz berkata, kerjasama dan bantuan Kerajaan Persekutuan sememangnya penting untuk memastikan operasi seharian di kedua-dua CIQ itu berjalan lancar. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Petaling Jaya, Manjung, Kluang bandar paling bahagia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Hannah bantu siasatan polis program Jom Ziarah Gereja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.

Rupert Murdoch bakal berkahwin kali kelima pada usia 92 tahun
Kedua-dua pasangan ini bertemu pada bulan September tahun lalu dalam satu acara di ladang Murdoch di California.

Bekas polis sebak kenang tragedi dalam serangan hendap Komunis
Mohammad Noh yang berusia 19 tahun ketika itu terpaku melihat ketua platun dikenali sebagai 'Sarjan Lee' berada tidak jauh darinya, mati ditembak.

Sasaran Sukan SEA perlu realistik, bukan 'syok sendiri' - CDM
Sasaran pingat yang diberikan perlu berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.

Banjir Johor: 8,952 mangsa ditempatkan di 46 PPS
Banjir di Johor semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 8,952 di 46 PPS.

'Ramai tak minat naik komuter sebab lambat'
Kesan ketara jumlah penumpang komuter menjunam kerana ramai yang tidak sanggup menunggu lama.

CIQ BSI, KSAB rekod lebih 70 juta pengembara Malaysia-Singapura tahun lepas
Kompleks CIQ BSI di Johor Bahru dan KSAB di Iskandar Puteri merekodkan lebih 70 juta pergerakan pengembara antara Malaysia-Singapura tahun lalu.

Sediakan dokumen lengkap di BSI, KSAB demi kelancaran perjalanan - Imigresen
Pelawat dinasihat supaya menyediakan dokumen perjalanan lengkap bagi memastikan kelancaran perjalanan ketika cuti umum sempena sambutan Deepavali.

Pemandu enggan diperiksa langgar pengawal keselamatan KSAB
Seorang pemandu kereta bertindak melanggar pengawal keselamatan selepas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), semalam.

JBPM Johor sanitasi tiga pintu masuk negeri bermula esok
Libatkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

PAJ diminta sediakan bas buat pejalan kaki RGL dan PCA
Usaha itu diharapkan dapat meringankan beban pejalan kaki yang harus merentasi Tambak Johor berikutan pengangkutan awam sama ada masuk atau keluar melalui tambak itu masih tidak dibenarkan beroperasi.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Enam langkah jangka pendek tangani kesesakan di pintu masuk negara di Johor
Enam langkah jangka pendek telah diputuskan untuk pelaksanaan bagi menangani kesesakan teruk di pintu masuk negara khususnya di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan KSAB di Johor.

Jabatan Imigresen mahu penunggang motosikal ke Singapura berdisiplin
Berikutan tindakan beberapa penunggang motosikal yang merempuh dan merosakkan lapan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-BIKE) semalam hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di BSI.