PUTRAJAYA: Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A) menyasarkan 60 peratus remaja berusia antara 12 dan 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 pada November ini dan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
CITF-A yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan remaja berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid diberi keutamaan menerima vaksin itu.
"Jenis vaksin yang akan digunakan adalah Pfizer Bio-NTech dan sebanyak dua dos suntikan akan diberikan kepada remaja," menurut CITF-A dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan program pemberian vaksin untuk remaja juga menyasarkan murid di sektor pendidikan swasta, remaja dalam institusi perlindungan dan pemulihan serta remaja dalam komuniti seperti gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.
Proses pemberian vaksin kepada remaja akan dilakukan antaranya melalui secara jangkau luar ke sekolah atau institusi secara berjadual dengan pemberian vaksin akan dilakukan oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan, pengamal perubatan swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) perubatan.
"Bagi memudahkan remaja yang akan menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah berasrama penuh atau asrama harian, janji temu vaksin bagi dos satu akan diberikan di klinik swasta atau sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
"Dos dua pula akan diberikan di sekolah masing-masing atau di lokasi pemberian dos satu sekiranya sekolah mereka belum beroperasi," menurut CITF-A.
Menurut CITF-A, remaja dengan komorbid perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.
Bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga, mereka akan diberikan janji temu ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.
CITF-A memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) telah membangunkan portal pendaftaran institusi iaitu Portal Vaksin-Anak-Ku dan semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon untuk mendaftarkan institusi masing-masing di portal tersebut.
"Pada masa sama, ibu atau bapa dan penjaga kepada remaja disaran untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera. Ini bagi membolehkan remaja mendapatkan sijil vaksinasi digital MySejahtera masing-masing," menurut CITF-A.
CITF-A ditugaskan untuk membuat penetapan dasar dan penyelarasan pelaksanaan pelan vaksinasi remaja serta berperanan mengkoordinasi strategi dan tindakan pelaksanaan di peringkat kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dan agensi swasta yang terlibat.
Keanggotaan CITF-A terdiri daripada pelbagai agensi berkepentingan seperti KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan, ProtechHealth, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pendidikan MARA, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Remaja berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid diberi keutamaan menerima vaksin itu. - Gambar hiasan
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
COVID-19: 95.8 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 97.8 peratus atau 22,893,173 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Johor, Terengganu masuk Fasa 4 PPN bermula 25 Oktober - Perdana Menteri
Hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Ibu, bapa, penjaga dibenarkan teman remaja vaksin
Seorang sahaja dibenarkan bagi stesen saringan suhu dan gejala, pendaftaran vaksinasi, kebenaran ibu bapa atau penjaga dan konsultasi serta pemberian vaksin.
COVID-19: Thailand sasar suntik 5.4 juta pelajar berusia 12-17 tahun bermula Isnin
Sekurang-kurangnya 3.68 juta pelajar sudah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan vaksinasi.
PICK Remaja: Tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar video, berita tidak benar
Ia bukan sahaja mengganggu kelancaran program, malah menimbulkan kebimbangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.
Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.
MPM mungkin perlu pertimbang semula hantar kontinjen ke AYPG 2021
Atlet remaja negara didakwa tidak melakukan persiapan rapi, selain proses vaksinasi bagi golongan itu baru sahaja bermula.
Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan
berkata laporan dibuat mereka terbabit berhubung ketidakpuasan hati terhadap dakwaan kematian dua pelajar berkenaan.
Vaksinasi: Remaja tidak bersekolah, tiada dokumen pengenalan di Kapit boleh 'walk-in' ke PPV
Remaja yang sudah berhenti sekolah dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di Kapit, Sarawak masih layak menerima vaksin, kata Pegawai Kesihatan Kapit, Dr Hamidi Mohamad Sharkawi.
Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.